Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 2, 2010

Mee Sup Daging Halia

Arini konon-kononnya nak masak daging goreng kunyit. Yerla, enak dimakan bersama-sama nasi panas. Tetapi, apakan daya dek kerana kealpaan. Makanya, bekalan beras di rumah habis and idak la pulak mempunyai hasrat untuk membelinya. ehehehe..apadaa...

Setelah menyelongkar di segenap dapur, kat dalam kabinet pun tak sempat nak menyimpan ape2 (mana taknye, kabinet umah sangat tinggi dan tidak tercapai oleh ku..ehehehe), akhirnya..aku telah menjumpai sepaket mee curl. Yang tinggal hanya 3 keping jek. Boleh la kot, nak makan untuk 2 orang jek pun.

Secara tak langsung, macam-macam idea ade nak masak mee ni. Ade daging and mee. Urmmmm...Dan akhirnya, tercetus la idea nak masak Mee Sup Daging Halia (Mee Sup + Ginger Beef Noodle). Adela improvise sket. Sorryla, xsempat nak snap gambor. Dek kerana terlalu lapor, perlu mengutamakan perut dahulu.ehehehe..Meh cni, aku share the recipe:

Mee Sup Daging Halia

Bahan A:

Daging lembu (ikut suka bape banyak nak, and perlu direbus dlu)
1/2 inci halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap)
1 sudu makan Sos perasa Maggi
Garam secukup rasa

Bahan B:

1 biji bawang merah (saiz sederhana, nak banyak pun boleh) - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 Halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap) - dimayang
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato
Garam, gula & serbuk perasa
4 cawan air (nak pkai air rebusan daging lagi sedap)
2 biji telur
Minyak masak

Bahan C:

Mee curl
Air (untuk merebus)
Sedikit minyak

Cara-cara:

- Satukan Bahan A, dan perap untuk seketika.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak dan tunggu seketika hingga panas.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan perapan Bahan A dan tumis seketika.
- Kemudian masukkan lada sulah dan lada hitam. Apabila sekata, masukkan air dan tunggu sehingga menggelegak.
- Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit perasa dan jugak tomato.
- Tunggu sehingga menggelegak sekali lagi dan masukkan telur. Kacau seketika dan matikan api.
- Sementara Bahan C pula, rebus air sehingga menggelegak dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan mee curl. Tunggu seketika dan toskan.
- Siap untuk dihidangkan.

p/s: Sedap dimakan ketika panas dan dihidang bersama cili potong+kicap. Memang sedap:)

Selamat mencuba tau..