Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 4, 2008

::Akhirnya...Finally::

Eeeiiiii..rasa cam lame jek tak update blog..nak plak baru lepas baik daripada kene demam denggi ni..

Lepas sembuh ni, macam2 kene update..nak plak dah masuk ramadan al mubarak ni..ehehe..

anyway, last week i received a phone call. she introduced herself as Pn Noreen from Q------ B--- Sdn Bhd (www.xxxxxx.net). she said that, she got my resume from Jobstreet database. she offering me for the post of Training Coordinator.

Wowwwwwwwww..bagaikan mengantuk disorongkan bantal..so, we set up a date for interview.

Malam sebelum interview tu, memang xleh nak tido..huhuhu..macam2 perasaan ade. aku ni dah lame jugak meninggalkan arena training ni..macam-macam dah aku baca, company profile, company portfolio, mission, bla..bla..bla...huhuhu..tapi, cuak tetap ade.

Interview start kol 9.30 pagi. Bapak hantar sampai kat pak guard, die nak lepak-lepak kat situ jek. aku pun meneruskan perjalanan ke pejabat Q------ B--- Sdn Bhd..puh kanan puh kiri..ehehehe...

Sampai sana tekan loceng..then, ade sorang lelaki tolong bukakkn pintu..selepas aku perkenalkan diri dan menyatakan tujuan aku ke sana, then, dia suruh aku tunggu kejap coz Pn. Noreen ade meeting. It's ok leh relax2 dlu..

Bile dah tibe masenya, aku pun diinterview oleh HR which is Pn Noreen..bla..bla..bla..then, diinterview plak oleh Training, Puan Ros..bla..bla..bla..diorang sume OK..then, kene interview plak dgn CEO..cuak siot..ntah apela aku merapu..tup tup, tau result aritu jugak..phewwwww..akhirnya..finally..aritu jugak aku dapat tau yang i get that job..cayala..

Aku call mak dulu, menyampaikan good news ni..confirm, memang tak syak lagi. haruslah dia suke. memang die nak aku keje area-area umah jugak. then, call cik abg..die pun hepi jugaks..ehehehe..sume happy..aku pun bertambah2 happy. petang tu jugak, syif memasak aku mak amik alih..nak masak special katanya..ehehehehe..boleyla mak...ehehehehe

Diorang nak aku masuk cepat..tapi aku kene tender 1 month notice..kat cnila aku tengah cari strategi..tp, aku dah tekad untuk mengejar peluang ni. aku nak timba seberapa banyak pengalaman dan ilmu yang boleh. rezeki jangan ditolak beb. makin dekatla dengan UPM dihatiku..ehehehe

Apepun, perasaan sedey tetap ade..yerla..nak meninggalkan warga M---d--e Sdn Bhd. sampai menangis si Sherina aku buat. dia beria-ia nak aku stay. huhuhuh...aku pun sedey jugak..lagi-lagi nak meninggalkan cik abg..tapi, takpela..it's for our own good jugak. dahla tak lama lagi nak tunang ni..ooooooooooooooooppppppppss..kantoi..ehehehe..apepun..hidup mesti diteruskan..

Hope, kali ni dapat pengalaman yang besh-besh..aminnnnnn

Friday, August 29, 2008

Cinta Yang Sempurna : SixthSense feat. Noe Letto

Eksklusif daripada MyBlur2U....terbaru daripada Sixthsense feat Noe (Letto)

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta...

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu (samar-samar)
Semua hanya palsu
Keindahan semu (samar-samar)
Semua hanya palsu

Bawa aku....
Kepada MU
Keindahan yang tak semu(samar-samar)
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan ku
Terlupa pada Mu

Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

Sunday, August 24, 2008

::Awas..Denggi::

huhuhuhu..windunya nak menulis kt blog ni..mane taknye..dh hampir seminggu lebih meninggalkan arena blogging ni..aku terlantar..terdampar akibat DENGGI..

yupe..true..DENGGI..

tak pernah terbayang kene demam denggi..huhuhu..ingatkan demam campak bese jek..

mule2 demam bese jek..pastu melarat sampai 5 hari..pesalla demam kali cam lain jek.

pastu g la kt klinik kt bwh opis..doc syorkan check darah..tula mende yg paling aku takut2kan selamanya ni..huhuhuhuhu..

dan disebabkan keputusan darah yg ntah ape2 ntah tu telah membawa aku ke PPUM..

aku pegi sane sampai 3 hari..dan takde bende lain yg aku buat melainkan amik darah..huhuhuhuhuhu..tuhan jek yang tau betapa cuaknya aku tatkala melihatkan jarum suntikan...huhuhuhu..rasa macam nak cabut balik ke Bangi jek masa tu..cik abang plak, ade ke patut nak rakam video..huhuhu..

sepatutnya, pada hari keempat ade lagi appointment ngn doc kt PPUM..tapi, aku telah MIA..ahahahaha..padan muke doc ternanti2...sbbnya, tak lain dan tak bukan..kene amik darah lagi..ehehehehe

sebagai rewards...selepas banyak darah ditumpahkan kat PPUM..cik abang banje nengok citer WALL-E..ehehehehe..itupun dalam keadaan kedua2 tgn yang berjaga2..sbb kene cocok dua2 tgn..huhuhuhu..tak patut..mmg tak patut...

mest pelik kn..nape kene denggi tapi x hospitalized..sbb..anak mak kuat..ehehehe..xdela..sbbnya, demam aku dh kebah..dan selera mkn aku masih boleh tahan lagi..masih boleh minum..doc pesan byk minum air tau..ehehehe..baik doc..remember..ehehehe

bos kt opis plak bleh plak tanye.."eh fara..tak kurus pun."..aade ke patut..ehehehehe..xde maknenya nak kurus..aku nye selera makan dah masuk gear 5.ahahahahaha..

apepun, skang..Alhamdulillah, skang dh makin sihat..ehehehehe..suke..suke..suke

Tuesday, August 12, 2008

::Apa Yang Menarik Hari Ini??::

Menarik ni..kene baca:p


SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu menukar nombor sedia ada.

Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom. Begitu juga sebaliknya.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.

Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Oktober.

“Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih daripada itu,” kata Shaziman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar Desa, Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.

MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan.

Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di Ipoh dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.

“Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,’’ katanya.

---info dari Utusan Malaysia Online

Monday, August 11, 2008

::Ada Apa Dengan - SISA::



Sisa???????????????????????

Yup, the title is SISA by Nitrus. I like it very much..

Siapa Nitrus??..jom kita baca ni..

"KENYATAAN AKHBAR - Kebangkitan kumpulan muzik independent tempatan menguasai industri muzik tempatan masa kini disambut positif. Perjuangan dilakukan kumpulan terdahulu kini menampakkan sinar. Penganjuran persembahan ‘gig’ secara tidak langsung berjaya memperkenalkan karya terbaik dihasilkan beberapa kumpulan dan antara pelopor kepada perkembangan muzik indie ini, kumpulan Nitrus yang dianggotai Edriely Ibrahim- Eddie (Vocal/Guitar), Syed Helmy Alhabshi - Syed (gitar utama), Mohd Azle Mohd Isa - Bob (bass) dan Iskandar Syah Ali - Is (drum).

Permulaan Nitrus & Anugerah Artis Harapan AIM 2002 Memulakan kerjaya muzik sekitar 1999, demo dihasilkan Better Days dan Twisted berjaya menarik minat Posse Records sekali gus memberikan ruang kepada Nitrus untuk berta
pak dalam industri muzik tempatan dengan merakamkan dua lagu terbabit dalam album kompilasi Another Boring Sunday. Permulaan awal memberikan pulangan besar kepada kumpulan Nitrus apabila memenangi Anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002. Album Sulung RASA Album sulung Nitrus muncul dua tahun kemudian, RASA yang turut memuatkan kembali lagu Better Days dan Twisted. Lebih menarik apabila mereka turut menghasilkan lagu dalam Bahasa Melayu, Kamu dan sekali gus membuktikan kemampuan mereka apabila album terbabit turut dicalonkan dalam kategori Album Poprock Terbaik, AIM 13. RASA berjaya mengukuhkan kedudukan Nitrus antara kumpulan diminati kerana karya yang dihasilkan sangat bermutu dan mampu menarik hati peminat industri muzik tempatan.

Mereka turut menjadi kumpulan indie pertama berbahasa Melayu layak dicalonkan dalam AIM13. Album Baru “? “ Hampir dua tahun menyepikan diri, Nitrus kembali dengan karya-karya terbaik mereka menerusi album ? yang mula dipasarkan dan dilancarkan 8 April ini. Walaupun sibuk dengan pembikinan album kedua, Nitrus tidak meninggalkan peminat dengan tanda tanya sama ada mereka masih aktif atau tidak kerana lagu Hujung Dunia yang menghiasi latar filem Good Bye Boys dan turut mendaki carta lagu popular tempatan menjadi pengubat rindu. Album ? mengambil masa setahun pembikinannya bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan sehingga suntingan. Pastinya dalam usaha memastikan album kedua ini lebih mantap berbanding karya sebelumnya mereka turut berkolaborasi dengan pemuzik handalan dalam industri muzik tempatan.

Proses rakaman album ? berlangsung selama enam minggu di penghujung tahun 2007 di tiga buah studio iaitu Surtin Record Studio Kota Damansara, NSR Studio Taman Tun Dr Ismail dan King Studio Petaling Jaya. Proses rakaman ini sekali lagi menemukan anggota Nitrus dengan tenaga kerja cukup berpengalaman seperti jurutera studion Amir dari NSR Studio yang pernah menghasilkan album Exist dan Jinbara, Greg Henderson (Ferhad, & Butterfingers) dan Zairi (Search, Kristal & XPDC). Syed sendiri turut terbabit dalam kerja-kerja susunan lagu terpilih yang dimuatkan di dalam album ini.


Album ? menampilkan 10 lagu seperti Sisa yang dijangka akan menjadi satu lagi lagu yang bakal menaikkan nama Nitrus terutama apabila mengadakan persembahan secara langsung. Masih mengekalkan konsep rock namun kali ini lagu-lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan Nitrus terutamanya Eddie dan Syed turut disulami irama lebih ringan dan komersil. Cinta pula menampilkan sisi jiwa Eddie dalam menghasilkan lagu cinta bersama lirik cukup meruntun rasa. Single pertama Resah bakal menjadi lagu cinta melankolik diminati ramai dengan liriknya cukup tajam. Lagu lain seperti Benar Salahku and Selalu Di Hati juga tidak kurang menarik. Selain itu ada beberapa tema dalam lirik dihasilkan lebih dekat dengan kehidupan semasa seperti perhubungan, ketuhanan, kritikan sosial. Mendengar keseluruhan lagu di dalam album ini, pendengar akan mengalami satu kembara muzik yang bervariasi dan mengusik emosi .

Apa yang menarik apabila album ini dilancarkan secara digital sebelum ia dipasarkan secara fizikal dalam bentuk cakera padat. Sudah tentu dengan penampilan penyanyi baru turut membawa perubahan kepada karya dihasilkan anggota Nitrus. Sentuhan kumpulan ini dalam menulis lagu biasanya memaparkan perbezaan citarasa setiap anggota berbanding kebanyakannya lebih mudah menerima konsep ditetapkan. Perkara ini jelas kedengaran dalam album ?. Ia merupakan hasil kerja kolektif. Pengaruh muzik baru berserta dengan pengalaman dimiliki memainkan peranan penting dalam menghasilkan album ini."

---info from: http://www.myspace.com/nitrusband


This is bottom of my heart:

" Nitrus rock..besh bangat deh..love ur songs and lyrics..Membawa satu dimensi yang berbeza dan unik. Dengan harapan agar nama Nitrus terus kukuh dan terus menghasilkan muzik yang bermutu..Malaysia boleh dude!!!!"


Lirik: Sisa

Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu segalanya ada pada diriku
Apa ceritaku tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kaukan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Pernahkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu

Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu
Mungkin ku yang terseksa jika bersamamu
Mungkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu


P/s: Ada lagi lagu besh - Resah. ehehehehe

::Oh Su Jung vs Karl::

Urmm..Apa yang aku buat sepanjang minggu ni ye? Takan dah lupa pula kot..Sepanjang hari Sabtu dan Ahad yang lalu, aku telah terjebak dengan kancah VCD Korea – Oh Su Jung vs Karl. Bersusah payah aku bersengkang mata semata-mata nak menonton cerita tu.

Sebenarnya, cerita ini telah pun disiarkan di 8tv pada bulan April yang lalu. Nak buat macam mana, dah terlepas pun. Aku adalah orang yang berkerjaya yang back-dated sket. Huhuhuhuhu. Walaupun begitu, memang best jugak melayan VCD cerita ni sampai habis.

Teringat waktu muda-muda di UPM dulu. Orang lain sibuk study untuk final-exam. Aku dok melangok depan PC tengok VCD Korea – Full House. Ahahahaha.

Memandangkan hanya pada hujung minggu sahaja waktu senggang, jadi, adalah baik untuk aku menghabiskan kesemua 16 CD – Oh Su Jung vs Karl.

A lil bit synopsis of – Oh Su Jung vs Karl

Mengisahkan Oh Su Jung (Eong Jung Hwa) seorang wanita berumur 34 tahun dalam misi pencarian teman hidup di bawah agensi kendalian sahabatnya. Beliau berusaha untuk mencari teman hidup yang boleh memberikan kemewahan dan kesenangan kepada diinya dan serta keluarganya.

Namun, sejarah masa silamnya mula kembali dengan adanya Karl@Go Man Su (Oh Jin Ho) yang kembali ke Korea sebagai pemain golf handalan dalam US PGA Tour. Pertemuan secara tiba-tiba, menjadikan Su Jung mula hilang arah apabila mengetahui Karl adalah Go Man Su, iaitu lelaki yang bakal bergelar suaminya yang ditinggalkan pada majlis perkahwinan 8 tahun lalu kerana terlalu mengejar kekayaan yang akhirnya tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

Berbagai-bagai dugaan terpaksa mereka tempuhi untuk hidup bersama. Dicemburui oleh Yook Dae Soon (Park Da Ahn), seorang pekerja Su Jung dan berusaha untuk mendapatkan Man Su walau apa jua keadaan pun. Su Jung telah membuat keputusan untuk bersama Jung Woo Tak (Kang Sung Jing), yang pada anggapan Su Jung seorang hartawan yang pemurah dan baik hati yang menaja Man Su. Adakah perkahwinan kali kedua ini berjaya? Atau, Su Jung dan Man Su dapat bersama kembali?

Saturday, August 9, 2008

::Hari Yang Sihat::

Macam tak percaya je, hari ini aku dah berjaya men"jogging"kan diri. aahahahahaha..

Best woo..rasa sangat sihat..Walaupun dapat lari 1 round dan jalan 1 round..pastu senamrobik, join uncle-uncle and autie-autie kat Taman Jaya..berpeluh-peluh jugakla.

Siapa yang join? Pastila roomate-roomate kesayangan. Kak ana and kak ja..sepatutnya, kak nadia pun nak join. Beria-ia dia nak pinjam sport shoe kak zura..Tapi, dia yang "hanyut" atas katil. ahahhaahha..

Apepun, memang rasa besh dan sihat dapat ber"jogging".

So, ape lagi..mehla join ber"jogging" kat Taman Jaya kalau ada kelapangan:)