Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Dah Raye KE-6 Dah!!!!



Bani Sharif @ Telok Mas, Melaka on 1 Syawal

Masih belum terlambat kirenya tuan tanah nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..

Tup tup dah masuk raye ke-6 dah..kejap jek mase berlalu..si Rayyan pun dah masuk 4 bulan.

Rayyan wearing his first Baju Melayu on his first Syawal celebration.


p/s: Salam Takziah buat kelurga Allahyarhamah Dato Sosilawati dan juga keluarga 3 yang lain. Semoga roh2 mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah...






Saturday, September 4, 2010

Bila Tiba Hari Raya....

Bila tiba hari raya....

Semua sanak saudara berkumpul..pakai baju baru..makan ketupat, lemang, lontong dan segala juadah termasuklah kuih raya..

Yang dah bekerja kenela sediakan duit raya untuk diberi kepada adik-beradik, anak sedara dan sesiapa yang layak menerimanya..tapi, sebelum tu kenela tukar duit cepat-cepat kat bank.

Yang dah berkeluarga plak, kene buat strategic planning meeting and perlu diminitkan (macam board meeting plak kan?). Nak beraya di mana dulu ye? kete mane nak bawak kampung? dah servis kete belum? etc..

Bila tiba hari raya....

Jangan dilupa yang telah tiada..doakan supaya roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan jauhkanlah mereka dari seksaan api neraka..aminnnnnnn...

Jangan dilupa saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestine..doakan mereka supaya mereka sentiasa tenang dan tabah mengharungi dugaan besar ini..

Bila tiba hari raya...

Pohonlah kemaafan dari kedua ibu-bapa kita..kerana merekalah kita ada di dunia ini..

Bersederhanalah seadanya..ingatlah pada mereka yang serba- serbi kekurangan.

Bila tiba hari raya...

Aku teringat pada si "dia" yang jauh di mata tapi dekat di hati...

Aku impikan kenangan lama kita berkumpul bersama di pagi hari raya..

Aku rindukan semuanya tentang kita...

Pulanglah....................................................

Thursday, September 25, 2008

::Mari Menonton TV Raya::

Hye guys,

Kalo boring2 duduk umah sorang2 masa raya, tak tau nak wat ape. So, ape lagi..marilah bukak tv utk saksikan program menarik yang disajikan sepanjang musim raya nanti.

Info ini diperoleh dari sumber2 yang boleh dipercayai oleh SIRIM:

* Rancangan : Konsert Indie Raya (NITRUS) 8tv
* Tarikh : 1 Oktober 2008 (Rabu)
* Masa : 11.00am - 1.00 ptg


* Rancangan : Konsert Fenomena Sofaz & 6ixth Sense RTM 1
* Tarikh : 3 Oktober 2008 (Jumaat)
* Masa : 3.00 - 5.00 ptg


* Rancangan : Konsert Fenomena The Fabulous Cats & Elyana RTM 1
* Tarikh : 4 Oktober 2008 (Sabtu)
* Masa : 3.00 - 5.00 ptg


* Rancangan : Misi Adruce Raya The (Fabulous Cats) TV9
* Tarikh : 3 Oktober 2008 (jumaat)
* Masa : 7.00 - 7.30 ptg


* Rancangan : Ria Sentral Raya (The Fabulous Cats) AstroRIA
* Tarikh : 9 Oktober 2008 (khamis )
* Masa : 11.00am/repeat 6pm