Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Mee Sup Daging Halia

Arini konon-kononnya nak masak daging goreng kunyit. Yerla, enak dimakan bersama-sama nasi panas. Tetapi, apakan daya dek kerana kealpaan. Makanya, bekalan beras di rumah habis and idak la pulak mempunyai hasrat untuk membelinya. ehehehe..apadaa...

Setelah menyelongkar di segenap dapur, kat dalam kabinet pun tak sempat nak menyimpan ape2 (mana taknye, kabinet umah sangat tinggi dan tidak tercapai oleh ku..ehehehe), akhirnya..aku telah menjumpai sepaket mee curl. Yang tinggal hanya 3 keping jek. Boleh la kot, nak makan untuk 2 orang jek pun.

Secara tak langsung, macam-macam idea ade nak masak mee ni. Ade daging and mee. Urmmmm...Dan akhirnya, tercetus la idea nak masak Mee Sup Daging Halia (Mee Sup + Ginger Beef Noodle). Adela improvise sket. Sorryla, xsempat nak snap gambor. Dek kerana terlalu lapor, perlu mengutamakan perut dahulu.ehehehe..Meh cni, aku share the recipe:

Mee Sup Daging Halia

Bahan A:

Daging lembu (ikut suka bape banyak nak, and perlu direbus dlu)
1/2 inci halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap)
1 sudu makan Sos perasa Maggi
Garam secukup rasa

Bahan B:

1 biji bawang merah (saiz sederhana, nak banyak pun boleh) - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 Halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap) - dimayang
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato
Garam, gula & serbuk perasa
4 cawan air (nak pkai air rebusan daging lagi sedap)
2 biji telur
Minyak masak

Bahan C:

Mee curl
Air (untuk merebus)
Sedikit minyak

Cara-cara:

- Satukan Bahan A, dan perap untuk seketika.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak dan tunggu seketika hingga panas.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan perapan Bahan A dan tumis seketika.
- Kemudian masukkan lada sulah dan lada hitam. Apabila sekata, masukkan air dan tunggu sehingga menggelegak.
- Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit perasa dan jugak tomato.
- Tunggu sehingga menggelegak sekali lagi dan masukkan telur. Kacau seketika dan matikan api.
- Sementara Bahan C pula, rebus air sehingga menggelegak dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan mee curl. Tunggu seketika dan toskan.
- Siap untuk dihidangkan.

p/s: Sedap dimakan ketika panas dan dihidang bersama cili potong+kicap. Memang sedap:)

Selamat mencuba tau..

Saturday, November 14, 2009

Saturday Cooks - Mee Udang

Alkisahnya bermula pada suatu hari Sabtu yang damai..which is today..

Bangun pagi jek, pas mandi..aku terus ke dapur untuk mengadakan sesi gerak-gempur pembersihan. Maklumlah, wanita berkerjaya semuanya serba sibuk (alasan je tu). Sambil mengemas sambil aku memikirkan nak masak pe tengahari ni.

Bila dah siap kemas, aku terus keluarkan tepung. Nak wat cekodok untuk breakfast..ehehehe..Sambil tu juga, aku masih memikirkan nak masak pe. Terasa macam nak masak tomyam, tapi...urmm..macam nak cuba sesuatu yang baru..

Sambil tunggu cik abang bangun, sempat jugakla aku goreng cekodok. Maka, tengahari tu kami kekenyangan makan cekodok. Tak jadila nak masak tengahari yang hebat-hebat..ahahahaha

Di kebosanan hari Sabtu, sambil menukar-nukar channel tv..tetiba, aku terasa nak memberi fokus pada rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan oleh Chi. Citer ni memang menarik. Dengan berbekalkan wang saku RM300, korang boleh pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

Destinasi kali ini adalah di Negeri Perak Darul Redzuan. Mula-mula, macam biasa sampailah ke lokasi seterusnya Kuala Sepetang. Setahu aku, tempat ni pernah masuk Majalah 3 sebab ke"famous"an mee udangnya. Dan Chi telah me"confirm"kannya, dengan menikmati hidangan Mee udang Banjir. Perghhhhhhhhhhhhhh...terliur aku dibuatnya.

Ape lagi, aku terus google resipi Mee Udang. Yang penting, ingredientnya mesti simple and sempoi. ehehehehehe...And I've found this : http://www.trymasak.my/. Thank God!

Resipi Mee Udang

Bahan-bahan:

1) Mee (300g) - aku guna mee Cintan (x baper gemar mee kuning..ehehe)
2) Udang (100g)
3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang besar (1 labu)
6) Serai (2 batang)
7) Tauhu (1 keping)
8) Taugeh (100g)
9) Sawi (1 ikat)
10) Daun bawang (sedikit)
11) Daun sup (sedikit)
12) Pes cili (2 sudu besar)
13) Sos tomato (2 sudu besar)
14) Belacan - dibakar (sedikit)
15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
17) Bawang goreng (sedikit)
18) Gula (sedikit)
19) Garam (sedikit)
20) Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.

Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.

Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.

Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.

Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.

Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.

Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.

Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.

Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.



Dan hasilnya :


Meals for 2, mama & papa :)


Perghhhhhh..delicious

Wednesday, August 6, 2008

Resepi: Nasi Lemak versi bluryblu

ehehe..arini sangat bosan.

So, meh kte kongsi sesame resepi nasi lemak..

Pssst..siyes, dulu memang aku fail masak mende-mende yang bersantan ni..ehehehe


Nasi Lemak

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 jug air
  • sepotong halia
  • satu sudu kecil garam dan gula secukup rasa (bagi rasa lemak lagi)
Cara-cara:
  • Basuh beras macam biasa. Cumanya tinggal letak santan dan air. Sukat macam nak masak nasi biasa.
  • Pastu masukkan halia, garam dan gula.
  • Tanak nasi.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis (yang telah dibuang isi)
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 2 - 3 sudu besar cili giling (cili serbuk pun boleh)
  • Minyak
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali. (dalam kuantiti yang sederhana)
  • Campurkan bawang yang telah ditumbuk dengan cili giling. Gaul sehingga sebati
  • Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Gaul dan biarkan seketika.
  • Masukkan ikan bilis dan gaul lagi.
  • Kemudian, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  • Biarkan seketika, dan bolehla dihidang.

Thursday, July 31, 2008

Resepi: Nasi Goreng Cendawan versi Cina

Tak tau nak letak nama ape..belasah jela labu..ehehehe..

Semalam, lepas balik keje singgah sekejap kat Cold Storage beli barang-barang dapur sket. Antara bahan-bahan yang telah dibeli:
  1. Cendawan
  2. Tomato Cherry
  3. Pedal
  4. Taucu
  5. Sosej ayam A1
  6. Maggi Cukup Rasa
  7. Instant - Nasi Goreng Cina }
  8. Instant - Nasi Goreng Ayam } tak ingat jenama apa..ehehe
So, hari ni I'm gonna cook Nasi Goreng Cendawan versi Cina..ehehehe

Bahan-bahan:
1 magkuk nasi
Cendawan
Tomoto Cherry
Bawang besar } ditumbuk
Pedal
Sosej Ayam A1
Instant - Nasi Goreng Cina
Maggi Cukup Rase } sket jek
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumis bawang yang telah ditumbuk dengan minyak yang sedikit sehingga layu. (baik untuk kesihatan)
2. Masukkan Instant - Nasi Goreng Cina. Kemudian, masukkan pedal ayam. Biarkan seketika.
3. Kemudian, masukkan Sosej Ayam A1. Dan selepas itu masukkan cendawan. Biarkan seketika.
4. Masukkan Maggi Cukup Rasa sedikit dan diikuti garam. (pandai2 rasa sendri ek)
5. Akhir sekali, masukkan semangkuk nasi dan juga tomato. Gaul sehingga rata.
6. Bolehla dihidang dan dimakan..hiasan??suka ati korangla..

Sunday, July 27, 2008

Resepi : Sup Cendawan Simple

Hari ni hari ahad. .bangun dengan awalnya..ikut perancangannya nak kemas2 bilik..tp, penyakit malas telah menular dengan hebatnya..tp, xpe lagi..asalkan aku berjaya mandi pagi awal..ahahahaha..kalo x..sampai dinihari pun masih xmandi2 lagi..jimat airla katakan..ehehehe

So, wut im goin' to cook today ya?

Semalam, jalan2 ngn my roomate-kak ja..pegi Amcorp Mall. sbnrnye, saje je nak temankan die beli baju tunang die..ehehehe..after dat, kami menuju ke Giant..untuk membeli belah..

Maka, dengan ini..dengan bangganya...masakan pada hari Ahad adalah-Sup Cendawan.

Bahan-bahan:
  • Cendawan hitam
  • tauhu telur - digoreng
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • air - agak2 jela
  • separuh kiub pati ayam
  • minyak - sedikit jek (jaga kesihatan..ehehe)
  • garam, gula, serbuk perasa
Cara-cara:
  • tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  • masukkan kiub pati ayam..gaul hingga sebati.
  • masukkan air secukupnya..
  • kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  • biarkan menggelegak..baru masukkan cendawan..kemudian, masukkan tauhu telur..biarkan seketika dan tutup api.
  • hidangkan..dan sedia dimakan
p/s: kalo inginkan kelainan, blehla letakkan tomato atau, bagi yg suka pedas2 tu..blehla letak sepotong dua cili..selamat mencuba....

Friday, July 25, 2008

Resepi: Bihun Goreng Segera

Bahan-bahan:
  • beberapa paket bihun segera (mamee, pama - perisa sup)
  • seulas bawang merah (diracik or ditumbuk - suka ati)
  • minyak (sket jek..sbb ade dpt minyak free kt bungkusan mami tu)
  • sayur (kobis , brocolli, caulliflower, carrot, tomato, kacang pea, ape2 aje)
  • frankfutter , sosej, daging ayam, hati ayam (ni wat penyedap rase la)

Cara-cara:
  • celur bihun ngn air panas..jgn lame sgt nnt lembik. kemudian, toskan.
  • panaskan minyak (campur skali ngn minyak free tau..ehehe).
  • tumiskan bawang sampai layu jek..then, masukkan perencah bihun segera.
  • pastu masukkan sosej/daging ayam or etc..
  • then masukkan sayur..(kalo tomato..masukkn lepas bihun, sedap sket)
  • then baru masukkan bihun yg dh dicelur..gaul sehingga sebati..
  • cara hidangan..ikut suka korangla..nak letak telur hancur ke, telur dadar ke, telur mata kerbau ke..etc..
~ Selamat Mencuba ~

P/s: kalo x jd..jgn salahkan aku & blog ku..salahkan kualimu saja..kuikuikui