Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

Updates

OMG..dah bersawang dah my blog..It's been 5 months, tapi tak update satu ape pun!!!

Dalam mase 5 bulan ni jugakla, dah macam-macam mende berlaku.

Nape tak update ek?

1. Busy..tersangatlah cliche jawapan ku ini noks..

2. Technical constraints. .mane tak nye, berpindah randah jek. dah jadi cam orang Nomad gamaknye. kalo kat umah my parent tak de tenet, kat umah m.i.l plak ade..last2, menung kosong jela kat laptop ni.

Ape yang menarik skang?

1. Aku dah jadi mama..HOT mama tau. hahahaha..masuk bakul angkat sendri da..My lil' hero is Muhammad Rayyan.


Sesi "mengepit" si Rayyan


2. Kami sekeluarga dah pindah ke Damansara Damai..hihihi..sesi kemas-mengemas masih lagi dijalankan.

3. Segala harga barangan sume naik (ape ke hal?!!!)

Ok, sampai sini dulu ceritera nye..my baby dah merengek-rengek minta disusukan. Kejap-kejap lagi sambung lagi ek.

Tuesday, March 16, 2010

Our JourNey hAs bEguN - PaRentHooD tRAiNing

Salam sume..

Sepatutnye, post ini dibuat semalam. Tetapi, akibat kepenatan yang amat sangat..sy buatla pagi ini. Not much to say pun.

Last Sunday aritu, my mother n father in-law berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Unfortunately, my hubby wasn't there. Ade wedding job @ Batu Pahat. It's ok, it's me n "baby" la jadi wakil. hihihi..

Flight mereka sepatutnya berlepas dalam pukul 5 petang, tetapi disebabkan masalah teknikal (kot), delay ke pukul 9 malam..Mula-mula, heboh gakla satu KLIA (xdela heboh mana pun) dengan perjumpaan mini keluarga ayah. Siap de bekalan lagi. Thanks to nenek, nek bik, makcik Miah, mak Teh dan lain-lain.

Bila tiba masanya, suanasan menjadi syahdu..Bila mana, mak memeluk Sofi. huhuhuhuhu..aku tahan air mata ni..

Bila nak balik jek, macam2 pesanan yang makcik and pakcik bagi..hihihi..Yerla, dalam umah tu aku jela memegang status "bini orang" and "bakal mak"..

Sebelum berangkat pulang, kami adik-beradi sempat berdiskusi..nak makan ape malam ni???..dan satu keputusan telah dipersetujui ramai..Burger King Sek. 13, here we come..

Dahla our lunch pun mkn Domino's pizza..mmg sehari suntuk makan makanan segera..

I called hubby, nak tau dh sampai mane..Die pun kebetulan dh nak sampai Bangi..tapi, die nak antar assistant2nye dulu and makan2. Jumpa kat umah la jawabnye..

Pagi itu, laki ku agak kelemahan. Lenguh2 kaki katanya..Die sorang jek yang leh drive, yang len plak hanya bleh jadi penumpang jek..So, I asked him to take care of 'em..Tapi, before dat..kene la antar aku kt ofis dlu yek.hihihihi..Aku pun malas gak nak drive..

Makan tengah hari mereka di rumah adalah nasi ayam. Hubby belikan.

Balik opis jek, me and hubby terus ke Tesco. Macam2la kami beli untuk bekalan beberapa hari. Sambil tu dok pikir2 nak masak pe..Then, hubby bagi idea..masak ikan bakar and masak sup sayur. Ok gak tu.

Hubby terus ke kaunter ikan (bukan kaunter pertanyaan)..dia dan usha2 ikan cencaru. PE lagi, rembat la. Aku plak mencari sayur-sayuran. Meemandangkan Along xde, leh la makan ikan bese-bese ni. Menurut kata Shera and mak, Along xmakan ikan yang bese2 ni, kalo pari on la. Wuteva..lagipun, suppose arini die berangkat ke Gurun.

Balik jek, operasi pun bermula. Sumenya hampir siap. Tetibe dengar suara Along plak..huhuhu..confirmnya die tak makan ikan tu. So, to chill him up..Shera gorengkan telur dadar for him. Okla tu kan.

Abis jek makan, kemas2 sume..aku pun colapse akibat kepenatan yang amat sangat...huhuhuhu..

Citer ni akan bersambung sok (or bile2 ade kesempatan)....

Wednesday, March 10, 2010

iT's a Brand New dAy....

Salam semua..Selamat Hari Wanita (Belated)!!!


It’s been awhile (lama gler sebenarnya), tak update diz blog. Mana taknye, terkejar sana-sini nak uruskan hal-hal spt tempat kerja baru, perpindahan, rumah sewa, medical checkup, dsbg.


Alhamdulillah, I managed to go through all these things dengan adanye my dear hubby di sisi. Thanks abang…Jasamu kukenang..


Macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Januari yang lalu, aku masih lagi bergurau senda dengan mummy fid (rakan sepejabat). Maklumla, sama-sama preggie. Macam-macam yang ktorang kongsikan; daripada pengalaman masa mula-mula pregnant, petua-petua sampailah ke barang-barang baby. Bab makan, memang tak leh tolak ke tepi terutama sekali aku la..hihihihi…


Sebelum tu, korum lunch ktorang de ramai. Antaranya; me, Fid, Alfred, Mimi @ Meng, So, Kak Wan, Shahrul and Haizal (ade name tertinggal lagi tak??). Tapi, lama-lama makin shrinking plak. K.Wan bizi dengan projek. Lepas tu, satu persatu meninggalkan ktorang. Mula-mula Alfred, Meng, aku and then So. Tinggallah Fid sorang-sorang. Haizal ngan Shahrul makan ikut mood plak tu. Tapi, dengan citer si Shahrul pun dah dapat offer.

Nak wat macam mana, hidup mesti diteruskan. But the memory will remains in my heart.:)


Last day at XX, memang syahdu. Tapi, aku dah sound diri aku awal-awal lagi. No more tears..hihihihi…Tak nak seedy-sedey konon. Hakikatnya, memang sedey pun. Terpaksa meninggalkan teman-teman seperjuangan kat XX.


Walaupun stress dengan kerja, ktorang masih lagi ber ”hu ha hu ha” lagi. I will miss kak Sahura, kak Kama, kak Nurul, abg Ramlee, Kamarul, Fid and others a lot. Ktorang kat XX tak ramai, tapi dengan bilangan yang sket ni la yang memberi kekuatan antara satu sama lain. Perihal yang buruk-buruk tu, malas aku nak citer..sebab, kat mana-mana pun same jek.:)


Sepanjang percutian aku selama 2 minggu (sebelum masuk tempat keje baru), memang aku tak wat ape-ape pun. Duduk umah, nengok tv, fbying, makan, tido..hahahahaha..Sepatutnya, aku dah boleh mengemas-ngemas umah dah time tu..tapi, malasnye..Tuhan jek yang tahu.


Dalam pada masa yang sama, aku pun sibuk-sibuk meng”google” klinik-klinik kat area Shah Alam untuk continue my pregnancy monthly checkup dan juga hospital-hospital yang bersesuaian (dengan wang di poket..hihihihi) untuk kelahiran our first baby.


Bukan tu jek, aku pun sibuk meng”google” keperluan-keperluan untuk aku mase bersalin nanti and untuk baby. Tapi, nengok jela..belum wat list lagi..hihihihi..


Apepun, sempat jugakla aku wat medical checkup untuk aku submit ke XXXXX. Cume wat yang bese-bese jek. Tak bleh nak wat buat X-ray, coz aku pregnant. Bile dah siap sume tu, aku terus antar kat XXXXX.


Yang paling besh adalah..menyambut hari lahir bersama yang tersayang. Sebelum tu, sambut besday m.i.l on 11th Feb. Tak ke mana-mana pun. Duduk umah mentua jek kat Shah Alam jek. Thanks to abang, mak & ayah, and abang & adik ipar kerana bersusah payah buat kejutan. Dahla mase tu aku ngantuk gler, dengan masih bertelekung...hihihihi..Sambutan hari lahir yang paling alim sekali..Terima kasih atas hadiah itewwww..i loike:)


Hari pertama aku melapor diri kat XXXXX, memang membuatkan aku nervous. Yerla, bese kt XX aku pkai jeans or long pants jek. Dah lama gler tak pkai baju kurung. Ni nak pkai baju kurung pun, kain sure-sure dah tak muat. Terpaksala pkai menyisip pin baby kat kain, asalkan tak melondeh kain tu.


Sampai-sampai jek, aku terus pegi ke Blok 6 (kat sini banyak betul blok-blok) untuk melapor diri. Dan sesampainye aku kat sane, aku terjumpa one of candidate mase final interview sekali dengan aku aritu. Sah-sahla, die pun dapat offer ni jugakkan. Her name is Siti Hajar. Kami berkenal-kenalan lagi, sambil mengisi boring-borang yang perlu diisi. Kat sini, memang suka menulis agaknye. Mase interview aritu pun, kene jawab essei, isi boring maklumat diri, keluarga, pekerjaan dsbg. Takpe, isi jela…Itupun, amik masa jugak tau. Lepas tu, ktorang kene amik gambar lagi, kene jupe commissioner of oath lagi..bizi nyer.


Setelah ke hulu dan ke hilir, akhir aku dan Siti berpecah menuju ke department masing-masing. Aku ke HRP and Siti ke HRD. Masuk-masuk jek, tak berjumpa pun dengan bos (Pn. Azizah)..sebab, bizi meeting. Sebelum tu, sempat jugakla aku berkenal-kenalan dengan warga HRP yang kesemuanya wanita..kak Zaiton, kak Rashidah, kak Rokiyah, kak Sharipah, Roslinawati, kak Roselina, kak Aiza, kak Zalina, kak Rajiyah, Eliya, Zalina and Mashita. They’re all friendly.


Dan sesi briefing pun bermula..disebabkan berlakunya restructuring secara besar-besaran maka department HRP lah yang paling huru-hara sebab nak menyediakan JD (Job Description). And that’s one of my task..perghhh…soon they’ll have JD online, untuk smoothkan the process. Next, kene prepare proposal untuk Non-Exec Development Committee (NEDC)..masuk-masuk jek dah kene buat 4 papers. Amik ko!!!!

Lagi, budget and emolument..pe kejadahnye pun aku tak tau..soon la kot, pas aku beranak nanti. Huru-hara la kehidupan aku. Hihihihihi…


Nak citer lagi..tapi, dh xde idea nak sambung. So, until next time..see ya!!!

Tuesday, February 2, 2010

Mee Sup Daging Halia

Arini konon-kononnya nak masak daging goreng kunyit. Yerla, enak dimakan bersama-sama nasi panas. Tetapi, apakan daya dek kerana kealpaan. Makanya, bekalan beras di rumah habis and idak la pulak mempunyai hasrat untuk membelinya. ehehehe..apadaa...

Setelah menyelongkar di segenap dapur, kat dalam kabinet pun tak sempat nak menyimpan ape2 (mana taknye, kabinet umah sangat tinggi dan tidak tercapai oleh ku..ehehehe), akhirnya..aku telah menjumpai sepaket mee curl. Yang tinggal hanya 3 keping jek. Boleh la kot, nak makan untuk 2 orang jek pun.

Secara tak langsung, macam-macam idea ade nak masak mee ni. Ade daging and mee. Urmmmm...Dan akhirnya, tercetus la idea nak masak Mee Sup Daging Halia (Mee Sup + Ginger Beef Noodle). Adela improvise sket. Sorryla, xsempat nak snap gambor. Dek kerana terlalu lapor, perlu mengutamakan perut dahulu.ehehehe..Meh cni, aku share the recipe:

Mee Sup Daging Halia

Bahan A:

Daging lembu (ikut suka bape banyak nak, and perlu direbus dlu)
1/2 inci halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap)
1 sudu makan Sos perasa Maggi
Garam secukup rasa

Bahan B:

1 biji bawang merah (saiz sederhana, nak banyak pun boleh) - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 Halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap) - dimayang
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato
Garam, gula & serbuk perasa
4 cawan air (nak pkai air rebusan daging lagi sedap)
2 biji telur
Minyak masak

Bahan C:

Mee curl
Air (untuk merebus)
Sedikit minyak

Cara-cara:

- Satukan Bahan A, dan perap untuk seketika.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak dan tunggu seketika hingga panas.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan perapan Bahan A dan tumis seketika.
- Kemudian masukkan lada sulah dan lada hitam. Apabila sekata, masukkan air dan tunggu sehingga menggelegak.
- Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit perasa dan jugak tomato.
- Tunggu sehingga menggelegak sekali lagi dan masukkan telur. Kacau seketika dan matikan api.
- Sementara Bahan C pula, rebus air sehingga menggelegak dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan mee curl. Tunggu seketika dan toskan.
- Siap untuk dihidangkan.

p/s: Sedap dimakan ketika panas dan dihidang bersama cili potong+kicap. Memang sedap:)

Selamat mencuba tau..

Saturday, January 30, 2010

Gastrik Oh Gastrik....

Gastrik tu ape ek?

Kalo nak tau, gastrik atau dalam terma perubatannya Penyakit Peptik Ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut yang boleh merosakkan dinding perut.

Gastrik kerap berlaku sekiranya perut dalam keadaan kosong dan pesakit juga kebiasaannya mengalami pedih hulu hati. It's really-really hurt tau. Trust me! Ia akan diikuti dengan muntah-muntah, rasa sebu di bahagian perut dan sendawa.

So, kalo anda di luar sana ada mengalami simptom2 seperti di atas, silalah dapatkan khidmat dan nasihat doktor dengan segera ek.

Why Im so concern 'bout this??

Urmm..aku jua telah diserang gastrik. huhuhu. Pelik tak bagi ibu mengandung diserang gastrik? Bagi aku pelikla jugak. Yerla, macam mane aku (seorang pelantak) bleh kene gastrik. Hanya disebabkan miss one time dinner jek (akibat tertido menunggu hubby), terus jadi cenggini. huhuhuhu..Poor mama, poor baby...

Tapi, setelah digoogle2 dalam forum itu-ini, website itu-ini..gejala ini memang bese bagi ibu mengandung. Mana taknya, makan untuk 2 orang kan. ehehehe. So, next time walau macam mana penat sekalipun memang kene makan jugak. Sedikit tapi kerap. It's a must.

And jangan lupe plak, ubat yang doktor bagi tu ek. Tu pun kene mam jugak (aku pun kadang2 miss.ehehehe)

Thursday, January 28, 2010

At Last...

Yup..at last..

Dapat jugak aku kuar dr o#is ni. And tak perlu la menghadap segala conflict of interest, unprofessional b*ss, beberapa manusia hipokrit and etc..Dah lame sbnrnye nak kuar dr belengu ni, cume belum ade peluang and rezeki lagi..And bile tibe masenye, this is it..no turning back beb..Walaupun hati ini berat sekali nak melangkah kaki, yerla..kadang-kadang masalah pun tak menjadi masalah bila kita jumpa kawan-kawan yang best kat cni. Kawan-kawan yang tahu menghargai persahabatan yer!!!

Mari renungkan phrase ini:

"Say I am the same BUT I am not surfing FB while work, BUT someone care has forward it to me"

lol..apadaa..dah xde mende len ke ko nak ungkit..ape la beza nya ko buka facebook ngn bukak ym. Dua2 pun, ko leh status kan n dua2 pun ko curi work quality time..urmm..apepun, ini hanyalah ayat propaganda untuk menyelamatkan diri saje. And aku tak amik kisah pun, sebab ko pun same jugak..ehehehehe..Kalo2la manusia ni terbace blog aku ni, mintak kem salam skali rakan persengkokolan ko ek..yang diibaratkan sebagai "someone care" tu..ehehehe...Urmm, terpikir gak aku, kalola aku ni jahat sangat kan. Bleh jek nak counter fire manusia ni..Say, antar email directly to h!* boss; yg die ni telah merevealkan P&C matter kepada org yg x sepatutnya, and aku akan tambah spices lg yg die ni mmg slalu dtg lmbt, selalu kuar buat rambut waktu office, gossip pasal ur s%@nd@! (oooPSs) n mcm2 lgla yang aku xnmpak..ehehehehe..Biarlah, mengalah tak bererti kalah kan??. Cume die belum bertemu buku dgn ruas jek..eheheheh

Pas ni, aku nak teruskan kan kehidupan aku yang "gini-gini" ni..Sentiasa bersangka baik ngn orang. Simple and happy go lucky.

Urmm..yang penting..aku de mase 2 minggu utk rest. Best gler....Ade mase nak pkir pasal rumah, kemas2 and macam-macam lagi. And the best part is, ade mase lebey sket ngn hubby. Jangan jeles ek!..And ade lg la beberapa perkara aku leh wat, such as..google for more pregnancy info and tips, more recipes (i loike), more time for blogging (hehehehe) and etc.

Monday, January 18, 2010

I'm HapPy...HaPpY..HaPpy

Happynye..yup I'm very2 happy today. Even though ade jugak yang nak spoilkn mood keje ari Isnin aku kan. Nak tau ke aku happy sebab pe? ehehehe...

Aku happy sebab kuar dari "kepompong"..ehehehe..macam rama2 plak kan??? Lebey kurang ar..dapat sayap utk terbang. ehehehehehe

Ni sume rezki baby..Alhamdulillah..

How to start ek..Kronologinya camnila :

Pagi Isnin aku telah dispoilkan oleh sumone yang kononnye tend to be so called "professional" tapi penuh dengan hasad dengki..My laptop mengalami masalah wireless connection. Aku dh suh technical team check sorang2 K! Wat pengetahuan korang walaupun aku ni name jek Training Executive, my workstation nun jauh di bhgn recep yek. Kononnye senang nak monitor kuar masuk trainee..Yup, It's true..aku leh la nengok trainee yg masuk kelas lmbt..bukan trainee jek lmbat, staff pun de gak masuk lmbat termasukla yg "tutt" tu..ade aku kesah ko masuk lmbt? pernah aku report ngn bos ko yg ko masuk lmbt?..penat dh wey nak menipu bg pihak ko..kadang2 kantoi gakkn??!!....

OK, continue...disebabkan xde internet connection susah gakla aku nak wat keje, bukannye ade kabel network pun. Tempat recep yang maha besar tu aku kongsi ngn one staff from same department..Technical tu dh try mcm2, tp lom ade solution terdekat. Die kate pkaila dlu kabel network dlm blik training..for temporarily..

And the issue pun arise..hr jupe aku pagi td ckp pasal ni..Wutta???..isu cam bdak kecik s*#l...disebabkan aku pindah tempat tu utk sementara waktu susahla aku nak nak pickup phone n buka pintu (yang konon2 nye canggih tu). I'm pregnant Ok n u expect me to run utk pickup the phone yg jauh dr blik training tu??!!..WTH..WTF..pastu, ade lgla isu2 yang merapu n merapik..yerla, org dh dengki, mcm2 la kuar..Pastu hr pun antarla email n seek solution from my bosses n cc to me..then, bru ku tau sape yg "baik hati" sangat tu..urmm...ayat yang ridiculous n tak masuk akal: "I was told that she can't answer phone due to pregnancy, if that is so, I hope a letter from doctor has appended to HR."..kecoh s*#l...sape yg "pandai" sangat reka cipta fitnah camtu..Owh, lupe plak.."Politik" ofis ek..yup, dat's the rite word..so far..

Dear..tak susahkan nak tanye aku yg "dekat di mata, jauh di hati" ni..directly. Tanyela bebaik, nape dok blik training ni? nape tak dok luar?..or simply said camnila.."ko kan di bayar untuk jadi recep, dudukla depan.."..Ini tak..hujan takde..ribut xde, kuar statement camni plak: "I am informing you this as my first step of handling issues before I proceeds to the next level- if there is no change. "..walawey..ko ckp ngn aku pun tak..sesuka ati jek nak menghukum..ingat pangkat ko bleh wat sesuka ati ke?..Dgn org lain, bleh plak ko tanye opinion diorang kn..aku ni yg kt "depan" mate ko jek, bleh wat dek..nape?? ko dh xde mulut ke? ape yg ko tak puas ati sangat ek?? pelik aku??

Walaupun aku sedey, sehingga tak mampu nak menangis pun..yerla, ade jugak umat Islam yg berhati busuk sebegitu..Tapi, aku masih ingat Allah..n ingat pesan mak aku..:"Biarlah orang yang buat kita, jangan kita yang buat dia..Tuhan tu Maha Adil."..

Apepun, mood aku ade up sketla pastu bile dpt satu panggilan. Alhamdulillah..rezeki tahun 2010, rezeki suami n rezeki baby...

Apepun, buat manusia "tut"..aku dh ampunkan dosa2 ko pun, tak kisah la ko nak mengaku ke tak aku sedare ko kn..cume yang tinggal lagi dosa2 ko ngn tuhan jek.

Apepun, aku happy sangat ape yang dh berlaku ni..

Kesimpulannya; ade mulut cakap dpn2, jangan berani cakap belakang jek; jangan konon2 nye nak jd professional, tapi yang ado; don't simply trust anybody..

p/s: Entry kali ni penuh dengan emosi, maaf di atas kekasaran bahasa.