Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 30, 2009

Anggun Showcase

Last week on 27th March 2009 (Friday), sempat jugak aku pegi nengok showcase Anggun @ Hotel Istana bersama my fiancee. ehehehe. Well, walaupun dh tak bersama Metadome lagi tapi aku masih lg dapat privillege. ehehehe..yerla, cik abang masih kat sane.

Anyway..tak tau nak gambarkan macam mane perasaan ketika itu. Tak sabar2 nak nengok Anggun live. And plus..tak sabar nak nengok my cik abang nyer videoklip untuk Anggun. Actually, the videoclip has been shown mase Press Conf. untuk album Elevation aritu kat tempat yang same on 26th March 2009.

The video sgt superb. ehehehehe. Mestila bagi kredit kat cik abang. Congrats untuk cik abang ek.

Untuk album Elevation kali, banyak menampilkan lagu-lagu yang besh dan "segar". Memang tak dinafikan Anggun mempunyai ton suara yang unik.Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Elevation adalah: Jadi milikmu (Crazy), Berganti Hati, dan banyak lagi. Yang penting, lagu No Stress jugak yang mencuit hatiku. Sesuai bagi mereka2 yang bekerja. Enjoy..ehehehe

Monday, March 23, 2009

My Best-Frenz's Wedding

21.03.2009

Dewan Salehudin Al Ayubi, Taman Melati


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Terdahulu Eyma & Fahmi selamat disatukan pada hari sebelumnya, Jumaat jam 5.30 petang. Sowiey ek babe coz tak dapat nak attend masa hari pernikahan tu.


Apepun, majlis perkahwinan my fren memang meriah. Bertemakan warna purple-pink menyemarakkan lagi suasana di dalam dewan yang serba indah untuk meraikan ketibaan pasangan mempelai Eyma & Fahmi.


Flashing back the time, aku memang tak sangka jodohnya secepat ini. Ni yang nak marah ni, sebab dia kawen dulu sebelum aku. Langkah bendul. Huhuhuhu. Anyway, I’m happy sesangat coz her sad episode dah berakhir and she’s heading to the new chapter of her life.


Setibanya aku di dalam dewan tu, tetamu masih lagi belum tiba. Mana taknya, kami tiba agak awal, walaupun kitorang rasa cam dah agak terlewat..eheheheh..Sampai-sampai jek di pintu utama dewan, aku bersalaman dengan mak pengantin perempuan. Sempat aku bertanya, kol bape pengantin sampai. Rupa-rupanya kol 2.00 petang. Owh, ketercepatan plak kitorang. Ehehehehe.


Ape lagi, aku, Nisya (my niece) and cik abang terus cari port besh. Duduk-duduk kejap sambil merenung jam di dinding dewan. Baru kol 12.45 tengahari. Perut pun dah berbunyi-bunyi, tandanya perlu diisi. Faham-faham je la. Aku & Nisya terus ke luar dewan untuk mengambil makanan yang disediakan secara buffet.


Nasi minyak, ayam masak merah, kari daging dan acar buah elok tersusun rapi di meja buffet. Lauk-lauk sume nampak sedap jek, maklumlah dah lapar.


Selesai makan jek, dah tak tau nak watper. Aku pun suruhla cik abang amik-amikkan gambar hantaran yang tersusun di atas stage. Yerla, sambil-sambil menunggu pengantin elok jugak amik gambar hantaran. Boleh jugak jadi rujukan untuk aku nanti. Ehehehehe..Sowiey ek Eyma, no royalty tau.


Jam menunjukkan kol 1.35 petang. Dari jauh kedengaran paluan kompang. Owh, pasangan pengantin dah tiba rupanya. Awal la plak. Tak sabar nak nengok wajah my besh fren ni dengan pasangannya. Cik abang terus bergegas untuk mengambil gambar pengantin.


Aku dapat lihat wajah pengantin dari jauh. Manisnya Eyma berbaju kebaya pendek warne purple..tapi, nampak tembam sketla. Ehehehehe. Happy la tu agaknya. Mana taknya, dah kawen la katakan.


Susahnya nak bergambar dengan pengantin. Ke sana ke mari. Sibuknya. Maklumlah, bersalaman dengan saudara mara terdekat. Sampaikan masa nak potong kek pun tak sempat. Huhuhuhuhu…Macam manalah mase aku kawen nanti. Tak dapat nak bayangkan.


Setelah beberapa ketika, barulah pengantin dapat memotong kek 3 tingkat. Mase tu jela, aku dapat menyelit nak amik gambar. Ehehehehe. Sempat jugak Eyma berbisik:


Eyma : Thanks for coming Fara. Ko amik “berkat” aku ye!

Fara : Welcome. Memang tula niat aku dating kenduri ko, nak amik “berkat”. Ehehe


Selesai bergambar jek, kitorang trus balik. Tapi, takdela terus balik umah pun. Ehehehe. Kitorang melencong sekejap menuju ke Putrajaya. Jalan-jalan nak nengok pameran Belon Panas kat Presinct 2.

Mak aih, banyaknye kete sampai kitorang tak tau nak parking mane. Ehehehe. Cuaca sangat panas, ape lagi..berpayungla kitorang. Sampai jek sana, takdela nampak belon besar pun. Ade la nampak para-glide and laying-layang. Tak lama pun kitorang kat situ, lagipun tak selesala plak dengan aku berbaju kebaya dalam keadaan panas terik. Huhuhuhu..


Apepun, hari itu adalah hari yang terindah. Dapat jalan-jalan dengan cik abang sambil tengok my besh fren weds dan juga tengok pameran Belon Panas (walaupun tak nampak belon panas. Ehehehe)