Saturday, November 14, 2009

Saturday Cooks - Mee Udang

Alkisahnya bermula pada suatu hari Sabtu yang damai..which is today..

Bangun pagi jek, pas mandi..aku terus ke dapur untuk mengadakan sesi gerak-gempur pembersihan. Maklumlah, wanita berkerjaya semuanya serba sibuk (alasan je tu). Sambil mengemas sambil aku memikirkan nak masak pe tengahari ni.

Bila dah siap kemas, aku terus keluarkan tepung. Nak wat cekodok untuk breakfast..ehehehe..Sambil tu juga, aku masih memikirkan nak masak pe. Terasa macam nak masak tomyam, tapi...urmm..macam nak cuba sesuatu yang baru..

Sambil tunggu cik abang bangun, sempat jugakla aku goreng cekodok. Maka, tengahari tu kami kekenyangan makan cekodok. Tak jadila nak masak tengahari yang hebat-hebat..ahahahaha

Di kebosanan hari Sabtu, sambil menukar-nukar channel tv..tetiba, aku terasa nak memberi fokus pada rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan oleh Chi. Citer ni memang menarik. Dengan berbekalkan wang saku RM300, korang boleh pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

Destinasi kali ini adalah di Negeri Perak Darul Redzuan. Mula-mula, macam biasa sampailah ke lokasi seterusnya Kuala Sepetang. Setahu aku, tempat ni pernah masuk Majalah 3 sebab ke"famous"an mee udangnya. Dan Chi telah me"confirm"kannya, dengan menikmati hidangan Mee udang Banjir. Perghhhhhhhhhhhhhh...terliur aku dibuatnya.

Ape lagi, aku terus google resipi Mee Udang. Yang penting, ingredientnya mesti simple and sempoi. ehehehehehe...And I've found this : http://www.trymasak.my/. Thank God!

Resipi Mee Udang

Bahan-bahan:

1) Mee (300g) - aku guna mee Cintan (x baper gemar mee kuning..ehehe)
2) Udang (100g)
3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang besar (1 labu)
6) Serai (2 batang)
7) Tauhu (1 keping)
8) Taugeh (100g)
9) Sawi (1 ikat)
10) Daun bawang (sedikit)
11) Daun sup (sedikit)
12) Pes cili (2 sudu besar)
13) Sos tomato (2 sudu besar)
14) Belacan - dibakar (sedikit)
15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
17) Bawang goreng (sedikit)
18) Gula (sedikit)
19) Garam (sedikit)
20) Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.

Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.

Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.

Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.

Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.

Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.

Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.

Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.

Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.



Dan hasilnya :


Meals for 2, mama & papa :)


Perghhhhhh..delicious

Wednesday, November 4, 2009

eNtRy SesAje

It's been long time rasenye tak update blog ni..almost 2 months agaknye. Bukannya ape, tiap kali nak bukak blog jek trus cam xde mood.

Dahla xde mood nak g keje..huhuhuhuhu...

Anyway, sepanjang 2 bulan ni mmg mcm2 yang berlaku. Good and bad. Adatla tu, mane ade yang baik saje.

Anyhow, life must go on tak kira ape pun.

Dan perkara yang paling membahagiakan sy sbg seorang wanita n wife adalah.....im gonna be a MOM. Alhamdulillah..

Im trying to be a good MOM, InsyaAllah..

Wednesday, August 12, 2009

TagGed..beLated version..

Tadi singgah kejap nengok blog azie. Nak tau saya jumpe ape? Edisi 7th July 2009, im tagged. ahahahaha.. Dah lebih sebulan. Nampak sangat aku bz..kwang kwang kwang..OKla Pn Azie, thanks for the "tagging".


by Shibratun..

1. Bekas kekasih saya adalah :
hah? suami saya la..dulu kekasih sekarang bila jadi suami, dah tentulah die ex saya. (meniru jawapan Pn Azie..ehehehe)

2. Saya sedang mendengar :
bunyi aircond kat office

3. Mungkin saya patut :

amik MC arini. Sebab asyik terbatuk2 jek.

4. Saya suka :
duduk kat umah sambil baking a cake or cookies or etc

5. Sahabat-sahabat baik saya :
semua jauh di mata..tapi dekat di hati…(meniru lagi jwapan Pn Azie)

6. Saya tak paham :
kenapa saya tak dapat panggilan daripada KPLI

7. Saya kehilangan :

brooch yang dihadiahkan oleh my opismate mase setup booth kat Unisel's Career Fair..huhuhu

8. Ramai yang berkata :

saya semakin berisi lepas kawen ni..

9. Makna nama saya :

cahaya kegembiraan, kebahagiaan, kesenangan

10. Cinta itu adalah :
amat indah

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
tido..(my hubby la tu)

12. Saya akan cuba :
jadi isteri yang terbaik untuk suami saya

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever


14. Telefon bimbit saya :
Sony Ericsson cyber-shot K-770i

15. Bila saya terjaga dari tidur :
cium pipi suami saya..eheheh

16. Saya paling meluat apabila :

ade mamat2 yang ade hati nak tackle bini orang..

17. Pesta/Parti adalah :
keseronokan, tapi perlu ada batasan.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
anak kucing yang diberi nama "hemo hemo". Tapi sayang, dah mati kene langgar motorsikal.


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
20-an

20. Hari ini :
hari Rabu..macam nak nengok wayang jek..ehehehe

21. Malam ini saya akan :
masak untuk suami saya..dia sangat suka makan..

22. Esok pula saya akan :
pastikan suami saya masak untuk saya plak..ehehehehe

23. Saya betul-betul inginkan :
1 set perkakas untuk baking cake..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
i look so cute (perasan)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah

26. Makanan Barat atau Jepun :
Barat

27. Bilik yang terang atau gelap :
terang

28. Makanan segera adalah :
seperti yang terjual di McD, KFC, Burger King. Sangat sedap dan sangat berbaloi untuk mereka yang tiada masa untuk memasak..Owh, lupe plak..Megi..d'uh..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
babai sayang..luv u

30. Siapa yang anda mahu Tag?

kak yu (Yusrina Mohamad Hatta), kak ila (iladalila), kak dayu (diraniangurl)


Batuk Oh Batuk!

Urmm..tak selsesanye. Dari last week lagi saya dah batuk2. huhuhuhu..Sampai cedera anak tekak saya.

Oleh kerana dah tak tahan sangat, ari Isnin yang lalu saya pun pegila ke sebuah klinik area sri serdang. Doktor tu bagi ubat batuk (cecair), ubat batuk (pil), ubat tahan sakit, ubat tekak and antibiotik = RM30. Sempatlah juga saya tanye kat doktor tu, ubat batuk ni mengantukkan tak. Maka derngan confidentnye doktor kata, tak mengantuklah.

Oleh kerana mase tu lunch, saya stopla sekejap kat McDonald's untuk beli my lunch. Pikir punye pikir, last2 saya beli Mc Value Lunch set nugget. Blehla tu, asalkan ade sumthing untuk alas perut sebelum makan ubat2 tu.

Sampai jek kat opis, aku trus makan nugget. Punyela tak sabar nak makan ubat. Nak cepat sembuhla katakan. Yerla, cik abang dah risau. Satu persatu pil aku keluarkan. Dengan membaca Bismillah, aku pun ngapla ubat2 tu. Last sekali, dua sudu ubat batuk.

Penangannye memang mengagumkan, mata aku dah mula layu, kaki aku dah mula kebas2. OMG, how Im gonna drive home ni? Dahla ujan lebat ari tu. Takpe2, jangan risau. Saya dengan yakinnye, memfokuskan diri untuk drive. Bahaya tu, lelap sket jek leh terbabas tu.

Anyway, Alhamdulillah..sampai jugak saya kat umah. Sempat jugak saya buat kerja2 rumah, cume paling tak larat nak masak. ehehehe..cian cik abang. Kene makan megi malam tu.

Hopefully, batuk saya akan sembuh dalam minggu ni jugak. Tak sabar nak g hunny moon lagi kat PD. Oooops, kantoi plak.

Thursday, August 6, 2009

Cooking -Memasak

Cooking atau di dalam Bahasa Melayunya adalah memasak.

Teringat masa belajar di sekolah menengah subjek Kemahiran Hidup. Memang interesting. Boleh menjahit, menukang dan memasak.

I bet, everyone out there knew about cooking. But, wut's cooking really mean?
Cooking is a process of preparing food by applying heat, selecting, measuring and mixing ingredients together in all kinds of ways an ordered procedure for producing safe and edible food.

Tapi tak semua makanan memerlukan heat dalam proses penyediaan makanan. Sebagai contohnya, salad. Salad merupakan hidangan ringkas yang hanya menggunakan sayuran salad dan beberapa jenis sayuran lain serta dressing. As simple as that.

I'm not a good cook, but I can try my best to serve the best. For me, my mom is the good cook that I've ever seen. Campaklah segala apa dalam kuali, mesti menjadi punya. Dari sayur "masak bening" sampailah ke rendang. Simply delicious. Rendang zaman-zaman dulu menggunakan rempah yang dibuat sendiri. Tak macam sekarang ni, pergi je mana-mana pasaraya pasti ada yang instant. Bukan setakat rendang saje, sambal tumis, kuah kari pun ada. Macam tak tagline Astro- Macam-macam ada.

Masa kecil-kecil dulu, saya selalu sangat tengok rancangan masakan. Nak pulak kalau dihoskan oleh chef Wan. Memang bestlah.

Sekarang ni, bila dah ada Astro melekatlah mata saya tengok Asian Food Channel (AFC). 3 orang chef yang paling saya suka: Jamie Oliver (OMG..handsome gler), Nigella Lawson (sweet) and Michael Smith.

I like the way they cook the meals. How simple and interesting cook can be.

Takdela berangan nak jadi chef, tapi setakat chef di dapur rumah sendiri cukupla.


Glossary:
1. Masak bening - sejenis masakan Jawa, sayur direbus tanpa perlu menumis.

Tuesday, August 4, 2009

RiNdUnYe mEmbLoGgInG

Wah...Lame gler tak memblogging..rase cam setahun jek..

Alasannye..memang takde alasan lain pun..bizi..bizi..bizi..memanjang bizi..

Dalam pada dah lame tak memblogging ni, macam2 peristiwa dah berlaku. Our talented film director, Yasmin Ahmad died..Rusuhan..Kematian Setiausaha Sulit Exco Selangor-Teoh Beng Hock..dan macam2 lagila..




Tak cukup dengan itu jek..My CRV car kene pecah. And guest wut ape yang ilang? Hanye 2 Touch N Go saje yang ilang.huhuhuhu..Smart Tag tak pulak pencuri tu amik. Ari sabtu hp cik abang plak kene kebas mase ade job kat Melaka.

Inila namenye dugaan hidup..Sekejap kita di atas..sekelip mate plak kita di bawah..Renung2kanla...

Saturday, July 4, 2009

Hunny Moon @ Langkawi Part Two

Budak gemuk yang lapar

Budak gemuk sedang menjadi model sambilan cik abang

Budak gemuk, seluar cik abang dan peti besi..urmmmmm

Budak gemuk posing lagi kat almari

Budak gemuk sedang update Hunny Moon @ Langkawi Part One


huhuhu...ktorang dh abis pun berhunny moon sbnrnye..tapi, apakan daya the next place ktorang bersanggah ade limited access to internet. Alamatnye, cerite hunny moon pun dah basi. btw, aku kongsi jugakla cerita2 ktorang yang tak seberapa ni.



Al-Kisah..............................................

Dari Sinaran Motel ke Sheraton Langkawi..hohohoho

Date : 29 Jun 2009
Venue : Langkawi

Pagi tu kami agak kelewatan sket. Tapi, usaha untuk mencari sarapan yang sedap2 tetap diteruskan. Dengan perjalanan tak sampai beberapa minit pun dari Sinaran Motel kami singgah untuk sarapan di gerai "Entah Ape2 Entah Namenye"..ehehehe..sebab aku tak sempat pandang sign-board. Dan kami makan "Entah Ape2 Entah Namenye"..aku berlaukkan udang n cik abang berlaukkan ayam goreng. Itulah sarapan pagi yang "terberat" pernah aku makan. Nasi die ala2 nasi minyak. memang sedap..tasty..perghhhhhhhhhhh...Next time, aku will make sure aku dapatkan name gerai tu..ehehehehe..

Ktorang takde la lame mane pun makan, pastu ktorang jalan2 sat nengok baju untuk our out-door photoshoot sok kat butik DNE..n I choose a lovely evening dress..ehehehe..(urmm, tak sabar plak tunggu gambar siap). Dah berpuas hati dengan baju tu ktorang trus blik untuk check-out and menuju ke destinasi seterusnye...Sheraton...yeayyyyyyyyyyyyyy..

Ktorang gerak sesame ngn pasangan Im and Eddy (newly wed gak), kenalan cik abang..panjang ceritanye..ehehehehe..Diorangla org belakang for our hunny moon at Sheraton tu..Thanks guys...

Petang tu, diorang bersiap2 untuk out-door photoshoot..sape lagi kalo bukan cik abang yang amik gambo diorang. Kirenye, keje+hunny moon..ehehehehe..

Apepun, hasilnye sangat superb..(nanti kte kongsi bersame ek..in the next story)..

Dan malam itu, kami menikmati makan malam yang sangat..sangat..sangat..urmmm..i cant think what is the suitable word..ehehehe..sangat mahal?ahahahahaha..of cos..thanks again to Im n hubby for dat voucher - Captain's Grill. Memang berbaloi, tak rugi melepas tiket wayang untuk menonton Transformers..ehehehehe


Date : 30 Jun 2009
Venue : Langkawi

Macam bese, tiap2 pagi kami kelewatan lagi. ahahahahaha..tapi kali ni, tak dela lewat mane pun, sempat gak layan movie twilight. Sempat la breakfast wif Im n hubby. Makanan and decoration..memang mantap. Mana taknye, cik abang boleh lantak lamb chop 5 ketul.huhuhuhuhuhu...kepanasan la

Pastu ktorang trus rush ke butik DNE untuk make up and amik baju for our out-door photoshoot session at Sheraton. Cantekkkkk..ehehehe..Thanks to photographer on dat day Ana, uncle Fendy n daughter.



Penatnye wat photoshoot..huhuhu..penat satu badan plak tu.. Sempat gak la melantak laksa ngn kerang bakar kt Penarak. memang sedap..nak plak tambah cili potong..huhuhuhuhu..Pastu wat penat cik abang ronda2 bawa aku kat Pantai Cenang jek. Aku asyik terlelap jek. Mujur mase singgah kat Awana Porto Malai tu aku dah sedar sket..sket jela. Itupun, cik abang bagi Red Bull..perghhhhhhh..

Balik2..trus..rebah ke katil...

Date : 1 Jul 2009
Venue : Langkawi

huhuhu..tak beshnye nak meninggalkan Langkawi. tak puas lagi rasenye..setelah check-out dari Sheraton n bubye2 Im ktorang trus menuju ke arah Gunung Mat Cincang untuk naik cabel car..mak aih, sakit pinggang den trun naik tanggo..huhuhu..

Dah puas jalan2..trus patah balik Kuah nak beli minyak gamat and coklat serta souvenir tak lupe juge nak melantak..ahahahaha. Sempat jugakla ktorang jalan2 kat pasar jap..

Ktorang pun tak leh lelame sangat sebab nak kejar flight. So, stop for awhile for dinner kat area2 terminal. Main dishes - Gulai Ikan Tenggiri..aku xde melantak sangat sebab lidah aku melecur dek kerana makan bubur segera..ehehehe..Lepas jek mam, trus gi airport dan sesi pemulangan kereta sewa.

Dan akhirnya, kami berlepas ke KL dengan menaiki AK 5333 jam 10.45 malam..nunye Langkawi..next I datang lagi..shoppingggggggggggggggggggg..eheheheh

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

::My Tulus Agenda::

Slideshow

Loading...

::MyBlur_Video::

Loading...