Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 14, 2009

Saturday Cooks - Mee Udang

Alkisahnya bermula pada suatu hari Sabtu yang damai..which is today..

Bangun pagi jek, pas mandi..aku terus ke dapur untuk mengadakan sesi gerak-gempur pembersihan. Maklumlah, wanita berkerjaya semuanya serba sibuk (alasan je tu). Sambil mengemas sambil aku memikirkan nak masak pe tengahari ni.

Bila dah siap kemas, aku terus keluarkan tepung. Nak wat cekodok untuk breakfast..ehehehe..Sambil tu juga, aku masih memikirkan nak masak pe. Terasa macam nak masak tomyam, tapi...urmm..macam nak cuba sesuatu yang baru..

Sambil tunggu cik abang bangun, sempat jugakla aku goreng cekodok. Maka, tengahari tu kami kekenyangan makan cekodok. Tak jadila nak masak tengahari yang hebat-hebat..ahahahaha

Di kebosanan hari Sabtu, sambil menukar-nukar channel tv..tetiba, aku terasa nak memberi fokus pada rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan oleh Chi. Citer ni memang menarik. Dengan berbekalkan wang saku RM300, korang boleh pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

Destinasi kali ini adalah di Negeri Perak Darul Redzuan. Mula-mula, macam biasa sampailah ke lokasi seterusnya Kuala Sepetang. Setahu aku, tempat ni pernah masuk Majalah 3 sebab ke"famous"an mee udangnya. Dan Chi telah me"confirm"kannya, dengan menikmati hidangan Mee udang Banjir. Perghhhhhhhhhhhhhh...terliur aku dibuatnya.

Ape lagi, aku terus google resipi Mee Udang. Yang penting, ingredientnya mesti simple and sempoi. ehehehehehe...And I've found this : http://www.trymasak.my/. Thank God!

Resipi Mee Udang

Bahan-bahan:

1) Mee (300g) - aku guna mee Cintan (x baper gemar mee kuning..ehehe)
2) Udang (100g)
3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang besar (1 labu)
6) Serai (2 batang)
7) Tauhu (1 keping)
8) Taugeh (100g)
9) Sawi (1 ikat)
10) Daun bawang (sedikit)
11) Daun sup (sedikit)
12) Pes cili (2 sudu besar)
13) Sos tomato (2 sudu besar)
14) Belacan - dibakar (sedikit)
15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
17) Bawang goreng (sedikit)
18) Gula (sedikit)
19) Garam (sedikit)
20) Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.

Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.

Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.

Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.

Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.

Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.

Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.

Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.

Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.



Dan hasilnya :


Meals for 2, mama & papa :)


Perghhhhhh..delicious

No comments: