Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 15, 2010

Dah Raye KE-6 Dah!!!!



Bani Sharif @ Telok Mas, Melaka on 1 Syawal

Masih belum terlambat kirenya tuan tanah nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..

Tup tup dah masuk raye ke-6 dah..kejap jek mase berlalu..si Rayyan pun dah masuk 4 bulan.

Rayyan wearing his first Baju Melayu on his first Syawal celebration.


p/s: Salam Takziah buat kelurga Allahyarhamah Dato Sosilawati dan juga keluarga 3 yang lain. Semoga roh2 mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah...






Sunday, September 5, 2010

Last Minit - Shopping

Suppose malam tadi nak mengarang..oleh kerana dek sibuk melayan putra kesayangan, si Rayyan..

Semalam, kami sekeluarga berjalan-jalan ke The Curve. Shopping last minit untuk cik abang. Die dah aim dah dari last week kat Metrojaya. So, tinggal pergi sane hanging around jap and beli baju melayu. At the same time, singgah jugak kat Crocs-Warehouse Sale kat Ikano. Setelah hampir beberapa minit tawaf kat situ, nampak gayanye tiada yang berkenan di hati. Kalo ade pun, size and warne pilihan takde. Takpela, tak rezeki..maybe next time kot.

Untuk si kecil Rayyan tidak dilupa, singgah sebentar kat F.O.S. Memang rambang mata jugaklah nak wat pilihan. Akhirnya, 2 pasang rompers untuk si dia.

Untuk mama takdela jawapnye.....huhuhuhuhu

Kami berbuka simple jek kat Daily Fresh which owned by my hubby's friend's dad..Cukupla sekadar alas perut dengan Wafilto + Ice Lemon Tea + Ribena. Memang berhajat makan sket jek, sebab lepas tu nak menuju ke William's..

Dah solat kat Ikano, kami terus berangkat ke Kelana Jaya. Sesampai jek kami kat William's tu, ape lagi terusla mengorder. Cik abang order Soda Herbs and for me Nescafe Tarik. Untuk makan plak ktorang try Stir Fried Seafood Loh Shu Fun..Siyes, memang shedap..nak shedap lagi makan dengan cili kicap.. perghhhh...

Bile dah kenyang, ape lagi...balik umah la..hihihihih

Saturday, September 4, 2010

Bila Tiba Hari Raya....

Bila tiba hari raya....

Semua sanak saudara berkumpul..pakai baju baru..makan ketupat, lemang, lontong dan segala juadah termasuklah kuih raya..

Yang dah bekerja kenela sediakan duit raya untuk diberi kepada adik-beradik, anak sedara dan sesiapa yang layak menerimanya..tapi, sebelum tu kenela tukar duit cepat-cepat kat bank.

Yang dah berkeluarga plak, kene buat strategic planning meeting and perlu diminitkan (macam board meeting plak kan?). Nak beraya di mana dulu ye? kete mane nak bawak kampung? dah servis kete belum? etc..

Bila tiba hari raya....

Jangan dilupa yang telah tiada..doakan supaya roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan jauhkanlah mereka dari seksaan api neraka..aminnnnnnn...

Jangan dilupa saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestine..doakan mereka supaya mereka sentiasa tenang dan tabah mengharungi dugaan besar ini..

Bila tiba hari raya...

Pohonlah kemaafan dari kedua ibu-bapa kita..kerana merekalah kita ada di dunia ini..

Bersederhanalah seadanya..ingatlah pada mereka yang serba- serbi kekurangan.

Bila tiba hari raya...

Aku teringat pada si "dia" yang jauh di mata tapi dekat di hati...

Aku impikan kenangan lama kita berkumpul bersama di pagi hari raya..

Aku rindukan semuanya tentang kita...

Pulanglah....................................................