Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 4, 2010

Bila Tiba Hari Raya....

Bila tiba hari raya....

Semua sanak saudara berkumpul..pakai baju baru..makan ketupat, lemang, lontong dan segala juadah termasuklah kuih raya..

Yang dah bekerja kenela sediakan duit raya untuk diberi kepada adik-beradik, anak sedara dan sesiapa yang layak menerimanya..tapi, sebelum tu kenela tukar duit cepat-cepat kat bank.

Yang dah berkeluarga plak, kene buat strategic planning meeting and perlu diminitkan (macam board meeting plak kan?). Nak beraya di mana dulu ye? kete mane nak bawak kampung? dah servis kete belum? etc..

Bila tiba hari raya....

Jangan dilupa yang telah tiada..doakan supaya roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan jauhkanlah mereka dari seksaan api neraka..aminnnnnnn...

Jangan dilupa saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestine..doakan mereka supaya mereka sentiasa tenang dan tabah mengharungi dugaan besar ini..

Bila tiba hari raya...

Pohonlah kemaafan dari kedua ibu-bapa kita..kerana merekalah kita ada di dunia ini..

Bersederhanalah seadanya..ingatlah pada mereka yang serba- serbi kekurangan.

Bila tiba hari raya...

Aku teringat pada si "dia" yang jauh di mata tapi dekat di hati...

Aku impikan kenangan lama kita berkumpul bersama di pagi hari raya..

Aku rindukan semuanya tentang kita...

Pulanglah....................................................

No comments: