Urmm..Apa yang aku buat sepanjang minggu ni ye? Takan dah lupa pula kot..Sepanjang hari Sabtu dan Ahad yang lalu, aku telah terjebak dengan kancah VCD Korea – Oh Su Jung vs Karl. Bersusah payah aku bersengkang mata semata-mata nak menonton cerita tu.
Sebenarnya, cerita ini telah pun disiarkan di 8tv pada bulan April yang lalu. Nak buat macam mana, dah terlepas pun. Aku adalah orang yang berkerjaya yang back-dated sket. Huhuhuhuhu. Walaupun begitu, memang best jugak melayan VCD cerita ni sampai habis.
Teringat waktu muda-muda di UPM dulu. Orang lain sibuk study untuk final-exam. Aku dok melangok depan PC tengok VCD Korea – Full House. Ahahahaha.
Memandangkan hanya pada hujung minggu sahaja waktu senggang, jadi, adalah baik untuk aku menghabiskan kesemua 16 CD – Oh Su Jung vs Karl.
A lil bit synopsis of – Oh Su Jung vs Karl
Mengisahkan Oh Su Jung (Eong Jung Hwa) seorang wanita berumur 34 tahun dalam misi pencarian teman hidup di bawah agensi kendalian sahabatnya. Beliau berusaha untuk mencari teman hidup yang boleh memberikan kemewahan dan kesenangan kepada diinya dan serta keluarganya.
Namun, sejarah masa silamnya mula kembali dengan adanya Karl@Go Man Su (Oh Jin Ho) yang kembali ke Korea sebagai pemain golf handalan dalam US PGA Tour. Pertemuan secara tiba-tiba, menjadikan Su Jung mula hilang arah apabila mengetahui Karl adalah Go Man Su, iaitu lelaki yang bakal bergelar suaminya yang ditinggalkan pada majlis perkahwinan 8 tahun lalu kerana terlalu mengejar kekayaan yang akhirnya tidak membawa apa-apa erti kepadanya.
Berbagai-bagai dugaan terpaksa mereka tempuhi untuk hidup bersama. Dicemburui oleh Yook Dae Soon (Park Da Ahn), seorang pekerja Su Jung dan berusaha untuk mendapatkan Man Su walau apa jua keadaan pun. Su Jung telah membuat keputusan untuk bersama Jung Woo Tak (Kang Sung Jing), yang pada anggapan Su Jung seorang hartawan yang pemurah dan baik hati yang menaja Man Su. Adakah perkahwinan kali kedua ini berjaya? Atau, Su Jung dan Man Su dapat bersama kembali?
No comments:
Post a Comment