Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 25, 2008

Jodoh Di Tempat Kerja:: I Like

Tadi cilok sana..cilok cini..lepas tu baik punya cilok..terjumpa satu post ni. menarik untuk dibaca..

Teringat dulu-dulu..mengimbas kembali masa mule2 couple ngn cik abang..perghhhhhhh...banyak rintangan btul..maklumler, cik abg "Hot Bachelor"..muahhhhaaaahahahaha..

History:

  • Jealous a.k.a Jeles (in Malay words) / cemburu - well, biasala..ni mmg kes xbuleh tgk org lain senang & happy. kalo jeles dr segi positif tu okla jugak..ni jeles sbb..unreasonable..urmm..only because i GEDIK jek ke? kalo la sbb tu jek, baik lupakan jela niat korang yg xbaik tu..kenela terima, setiap individu dilahirkan dgn personaliti yang berbeza. kalo sama jek, tu robot name cik akak oiii..(Note: korang ni kene blaja ilmu psikologi rasenye)..yang pelik bin ajaib, masing2 dh ade pacaran.tunang..pe lg??xcukup bahagia ke ngn pasangan anda?
  • Boycott a.k.a boikot (in Malay words) / pulau - dulu2 bukan kemain lg..pegi memane sesame..pas dh tau ktorang couple..mule la menyepi kan diri..tau2 mase lunch dh ilang..ahahahaha..
  • Kata-kata yang tut..tut..tut - aku xtau la spesis ape..tp, kalo dh sampai tahap ckp aku ni xlayak jd isteri tu...bak kata Nabil (Raja Lawak).."Agak kurang ajar"..cik yg mengeluarkan statement tu sape sebenarnye nak tentukan hidup dan status org lain? kalo die tu alim ulama cam ustazah tu belakang kirela..Nauzubillah minzalik..
  • Kawasan larangan??!! - mase aku dpt offer keje, aku dah clear-cut ngn T&C company aku..dh belek2 dh company policy..xde plak ade restriction; xde plak hitam-putih or documentation mengatakan "Dilarang bercinta satu pejabat" or "Dilarang makan berdua di pantry"..d'uoh...
Result:
  • Hadapi dengan senyuman - itu la aku buat selama ni..ehehehehe..dan aku percaya, ade hikmahnya..dan percaya, setiap perbuatan itu ada balasannya.
  • Balasan - tu la..jangan asyik mengata orang..skang dh terkena kat batang hidung sendiri..dulu kemain lagi kutuk aku couple kt opis ek, yg cik ni siap bawa masuk keje boypren die tawww..bak kata pepatah "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia pulak yang lebih-lebih"
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Selamat Membaca

Oleh Diyanah Anuar

BERCINTA atau bertemu jodoh di tempat kerja bukan lagi asing dalam masyarakat kita sejak negara mengecapi kemajuan dan golongan wanita diberi peluang untuk terbabit dalam aktiviti ekonomi sama seperti kaum lelaki.

Dengan anggaran pembabitan hampir 50 peratus wanita dalam sektor pekerjaan, golongan lelaki tidak perlu lagi `merantau jauh’ untuk mendapatkan calon isteri kerana di tempat kerja sendiri boleh dicari.

Selain sekolah, universiti, tempat sosial hinggalah kemunculan Internet sebagai medium pertemuan baru di alaf ini, pejabat tetap menjadi medan strategik bagi sesetengah individu yang mencari-cari pasangan ideal untuk dijadikan teman hidup.

Tidak semua sengaja memburu untuk berhubungan di tempat kerja namun atas pelbagai faktor, kebanyakannya tidak dapat lari daripada sekurang-kurangnya terpikat dengan rakan sekerja.

Bayangkan saja, purata lapan jam sehari, lima hari seminggu atau keseluruhannya kira-kira 240 hari daripada 365 hari dalam setahun. Boleh dikatakan sebahagian besar masa individu bekerjaya dihabiskan di sekitar tempat kerja.

Secara tidak langsung, pejabat atau tempat kerja sajalah `ruang’ kepada golongan yang sibuk bekerja untuk bertemu, berkenalan atau bersosial. Apatah lagi bagi mereka yang menggalas tanggungjawab kerja yang banyak dan rumit hingga tidak berkesempatan untuk mencari calon suami atau isteri di luar daripada kehidupan pejabat.

Tidak dinafikan ada yang menolak menjalinkan hubungan serius dengan rakan sekerja kerana tidak yakin hubungan akan berjaya.

Tambah pula, jika majikan kurang menggalakkan hubungan cinta satu pejabat dan rakan-rakan `menakut-nakutkan’ betapa perasaan kasih sayang akan cepat bertukar menjadi bosan. Mana tidaknya, kalau itulah wajah yang dilihat di pejabat, wajah itu juga yang perlu dilihat ketika di rumah. Tetapi, benarkah?

Masing-masing ada pandangan sendiri. Ramai juga hakikatnya rela jika bertemu jodoh di pejabat malah tidak kurang yang menaruh harapan untuknya.

Bagi golongan ini, banyak kebaikan jika bersuami atau beristerikan rakan sepejabat. Boleh menjimatkan perbelanjaan seperti pengangkutan selain lebih memahami tekanan kerja adalah antaranya.

Mengapa teman sekerja? Seseorang mudah jatuh hati dengan rakan sekerja disebabkan beberapa faktor:

Hampir
Seseorang terpikat dengan rakan sekerja kerana rakan sekerja sentiasa ada di sekitar mereka. Kajian mendapati semakin kerap anda bersama seseorang, semakin besar kemungkinan anda akan sukakannya.

Mudah
Bagi kebanyakan yang bujang dan bekerja, hampir keseluruhan masa yang ada disalurkan untuk kerja dan selebihnya untuk rehat. Untuk keluar mencari kekasih tentu memakan masa maka pejabatlah tempat yang paling mudah dan menjimatkan masa untuk tujuan itu.

Keselamatan
Biasanya seseorang itu cukup mengenali rakan sekerja. Personaliti dan kelakuan mereka dapat dilihat melalui gaya, cara berkomunikasi dan keupayaan mengatasi tekanan kerja. Melalui aspek ini, seseorang dapat menilai sama ada rakan itu berbahaya atau tidak.

Kemesraan
Bila bekerjasama untuk sesuatu tempoh yang lama, seseorang akan mudah berkongsi harapan, impian dan masalah dengan rakan sekerja. Kemesraan ini akan mewujudkan kepercayaan antara mereka.

Persamaan
Individu cenderung bekerja dengan orang yang menyamai diri mereka dari pelbagai aspek antaranya kelas sosial, pendidikan, pendapatan, minat dan sikap. Hubungan rakan sekerja berupaya mewujudkan rasa cinta berdasarkan persahabatan rasa hormat.

Hormat
Persamaan dari segi tanggungjawab dan peranan dalam melaksanakan tugas serta menaikkan taraf ekonomi mewujudkan kesalingbergantungan dalam hubungan rumah tangga. Dengan itu, golongan lelaki akan lebih menghormati hak dan peranan kaum wanita.

Celaru
Suasana tempat kerja yang kadangkala tertekan, kompetitif atau menyeronokkan akan membuatkan perasaan seseorang menjadi celaru dan biasanya mereka gemar meluahkannya kepada lelaki atau wanita menarik berdekatan.

Selalu bersama
Perhubungan di tempat kerja biasanya terjadi dalam profesion yang mana pekerjanya akan menghabiskan masa yang lama bekerjasama, dalam suasana yang sama, saat senang dan sukar serta saling bergantung antara satu sama lain dalam hal kerja.

Baik buruk hubungan sepejabat

PROFESOR Komunikasi dari Universiti Seattle, Amerika Syarikat, Mara Adelman berpendapat suasana tempat kerja akan suram tanpa hubungan cinta.

Hubungan sebegini, katanya, dapat membuatkan ruang korporat yang agak serius supaya lebih beremosi.

Kajian juga mendapati hubungan cinta sesama rakan sekerja dapat meningkatkan produktiviti seseorang pekerja sekali gus menunjukkan hubungan dengan teman sepejabat memberi kebaikan kepada mereka yang menjalinkannya.

Kebaikan

Anda tidak perlu lagi membuang masa mencari calon suami atau isteri dan mencuri masa untuk bertemu orang tersayang selepas waktu pejabat atau menunggu masa cuti untuk berjumpa kerana masing-masing dapat bersua di pejabat bila-bila masa yang dimahukan.

Peluang untuk mengenali pasangan lebih banyak berbanding jika mereka bekerja di lain pejabat. Dengan itu, masing-masing lebih memahami pasangan masing-masing.

Berada di bawah bumbung syarikat yang sama membuatkan kedua-duanya memahami tugas kerja pasangan dan ini dapat mengelak daripada timbulnya konflik akibat tekanan kerja.

Selain menjimat masa, perbelanjaan juga dapat dikurangkan. Pasangan boleh berkongsi kereta bersama untuk pergi dan balik kerja.

Namun, menjalin hubungan dengan teman sekerja juga mengundang risiko.

Keburukan

Terlalu kerap bertemu, di rumah dan tempat kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa jemu yang mungkin menjadi punca pergeseran. Setiap orang memerlukan masa untuk bersendiri, melakukan hobi atau bertemu rakan.

Perhubungan ini juga dibimbangi akan mengganggu profesionalisme pekerjaan. Misalnya, jika ada yang memegang jawatan tinggi dan pasangannya pula bekerja di bawah mereka, layanan terhadap pekerja lain mungkin akan berbeza.

Mudah dilanda perasaan cemburu. Perhubungan dengan rakan sekerja berlainan jantina terpaksa dibataskan kerana bimbang pasangan akan cemburu. Sedikit sebanyak ia akan menggugat kebebasan bekerja dan mengganggu kelancaran kerja.

Perhubungan akan sentiasa menjadi perhatian rakan sekerja di sekeliling. Sedikit hal berbaur negatif boleh menjadi buah mulut sepejabat.

Masalah dalam perhubungan atau jika keduanya berpisah, ditakuti memberi kesan kepada prestasi kerja.

Suami dan isteri bekerja di satu pejabat…. OK… jika…

1. Kedua-duanya bekerja di lain jabatan

2. Bukan ketua atau anak buah kepada pasangan

3. Bekerja di syarikat yang besar hingga sukar bertemu di pejabat

4. Masing-masing memahami risiko hubungan ini dan sentiasa bersikap profesional walau apapun berlaku.

No comments: