Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 11, 2008

::Ada Apa Dengan - SISA::



Sisa???????????????????????

Yup, the title is SISA by Nitrus. I like it very much..

Siapa Nitrus??..jom kita baca ni..

"KENYATAAN AKHBAR - Kebangkitan kumpulan muzik independent tempatan menguasai industri muzik tempatan masa kini disambut positif. Perjuangan dilakukan kumpulan terdahulu kini menampakkan sinar. Penganjuran persembahan ‘gig’ secara tidak langsung berjaya memperkenalkan karya terbaik dihasilkan beberapa kumpulan dan antara pelopor kepada perkembangan muzik indie ini, kumpulan Nitrus yang dianggotai Edriely Ibrahim- Eddie (Vocal/Guitar), Syed Helmy Alhabshi - Syed (gitar utama), Mohd Azle Mohd Isa - Bob (bass) dan Iskandar Syah Ali - Is (drum).

Permulaan Nitrus & Anugerah Artis Harapan AIM 2002 Memulakan kerjaya muzik sekitar 1999, demo dihasilkan Better Days dan Twisted berjaya menarik minat Posse Records sekali gus memberikan ruang kepada Nitrus untuk berta
pak dalam industri muzik tempatan dengan merakamkan dua lagu terbabit dalam album kompilasi Another Boring Sunday. Permulaan awal memberikan pulangan besar kepada kumpulan Nitrus apabila memenangi Anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002. Album Sulung RASA Album sulung Nitrus muncul dua tahun kemudian, RASA yang turut memuatkan kembali lagu Better Days dan Twisted. Lebih menarik apabila mereka turut menghasilkan lagu dalam Bahasa Melayu, Kamu dan sekali gus membuktikan kemampuan mereka apabila album terbabit turut dicalonkan dalam kategori Album Poprock Terbaik, AIM 13. RASA berjaya mengukuhkan kedudukan Nitrus antara kumpulan diminati kerana karya yang dihasilkan sangat bermutu dan mampu menarik hati peminat industri muzik tempatan.

Mereka turut menjadi kumpulan indie pertama berbahasa Melayu layak dicalonkan dalam AIM13. Album Baru “? “ Hampir dua tahun menyepikan diri, Nitrus kembali dengan karya-karya terbaik mereka menerusi album ? yang mula dipasarkan dan dilancarkan 8 April ini. Walaupun sibuk dengan pembikinan album kedua, Nitrus tidak meninggalkan peminat dengan tanda tanya sama ada mereka masih aktif atau tidak kerana lagu Hujung Dunia yang menghiasi latar filem Good Bye Boys dan turut mendaki carta lagu popular tempatan menjadi pengubat rindu. Album ? mengambil masa setahun pembikinannya bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan sehingga suntingan. Pastinya dalam usaha memastikan album kedua ini lebih mantap berbanding karya sebelumnya mereka turut berkolaborasi dengan pemuzik handalan dalam industri muzik tempatan.

Proses rakaman album ? berlangsung selama enam minggu di penghujung tahun 2007 di tiga buah studio iaitu Surtin Record Studio Kota Damansara, NSR Studio Taman Tun Dr Ismail dan King Studio Petaling Jaya. Proses rakaman ini sekali lagi menemukan anggota Nitrus dengan tenaga kerja cukup berpengalaman seperti jurutera studion Amir dari NSR Studio yang pernah menghasilkan album Exist dan Jinbara, Greg Henderson (Ferhad, & Butterfingers) dan Zairi (Search, Kristal & XPDC). Syed sendiri turut terbabit dalam kerja-kerja susunan lagu terpilih yang dimuatkan di dalam album ini.


Album ? menampilkan 10 lagu seperti Sisa yang dijangka akan menjadi satu lagi lagu yang bakal menaikkan nama Nitrus terutama apabila mengadakan persembahan secara langsung. Masih mengekalkan konsep rock namun kali ini lagu-lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan Nitrus terutamanya Eddie dan Syed turut disulami irama lebih ringan dan komersil. Cinta pula menampilkan sisi jiwa Eddie dalam menghasilkan lagu cinta bersama lirik cukup meruntun rasa. Single pertama Resah bakal menjadi lagu cinta melankolik diminati ramai dengan liriknya cukup tajam. Lagu lain seperti Benar Salahku and Selalu Di Hati juga tidak kurang menarik. Selain itu ada beberapa tema dalam lirik dihasilkan lebih dekat dengan kehidupan semasa seperti perhubungan, ketuhanan, kritikan sosial. Mendengar keseluruhan lagu di dalam album ini, pendengar akan mengalami satu kembara muzik yang bervariasi dan mengusik emosi .

Apa yang menarik apabila album ini dilancarkan secara digital sebelum ia dipasarkan secara fizikal dalam bentuk cakera padat. Sudah tentu dengan penampilan penyanyi baru turut membawa perubahan kepada karya dihasilkan anggota Nitrus. Sentuhan kumpulan ini dalam menulis lagu biasanya memaparkan perbezaan citarasa setiap anggota berbanding kebanyakannya lebih mudah menerima konsep ditetapkan. Perkara ini jelas kedengaran dalam album ?. Ia merupakan hasil kerja kolektif. Pengaruh muzik baru berserta dengan pengalaman dimiliki memainkan peranan penting dalam menghasilkan album ini."

---info from: http://www.myspace.com/nitrusband


This is bottom of my heart:

" Nitrus rock..besh bangat deh..love ur songs and lyrics..Membawa satu dimensi yang berbeza dan unik. Dengan harapan agar nama Nitrus terus kukuh dan terus menghasilkan muzik yang bermutu..Malaysia boleh dude!!!!"


Lirik: Sisa

Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu segalanya ada pada diriku
Apa ceritaku tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kaukan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Pernahkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu

Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu
Mungkin ku yang terseksa jika bersamamu
Mungkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu


P/s: Ada lagi lagu besh - Resah. ehehehehe

1 comment:

Basirah Borhanuddin. said...

sumpah nitrus best.
dan lagu sisa amat hebat! ;)