Tuesday, December 28, 2010
OmG
Malas kowt..tapi, itula hakikatnye..hihihi..terima jela kenyataannye cik blury oi.. Cepat sangat masa berlalu. Si Rayyan pun dah masuk 7 bulan. Alhamdulillah, sihat walafiat budak kecik tuh and makin lasak okay.
Ni adalah fasa update versi combo (mana2 yang sempat diingatla ek)..muahaha..
1. Flashback balik masa Raya Haji aritu. Saya telah dikejutkan dengan berita kematian my ex-officemate saudara Kamarul. Sedih sangat, apapun semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
2. Then, my bapak telah dipromote as ........................... (sila isi tempat kosong ye!). Congrats Wak Barjah.
3. Congrates pada kawan2 yang melangsungkan perkahwinan sepanjang Nov & Dec 2010. Pd kawan2 yg saya tak dapat hadir pada majlis mereka jgn marah ek. Terutama skali pada Puan Seri, Puan Inspektor Ani, my niece Puan Farra..hihihi..Tak luoe juge nak ucapkan tahniah pada mereka yg melangsungkan majlis pertunangan.
4. Yeayyy! my insurance application approved. susah payah tau, siap amik medical checkup lg tuh. i tau i sihat..thanks Prudential :)
5. Congrates juga pada mereka yang sudah bergelar Mommy&Daddy dan juga yang bakal menerima cahaya mata. Im happy for Mimi@Meng, Cilut, Ijan, Kak Ila..and Makcu jugak..hihihi
6. Sedang mengamalkan kaedah pemakanan secara sihat (chewwah). Im taking psyllium husk currently. Boleh didapati di mana2 farmasi dan juga Tesco. Malas nak citer lebey, korang google sendri ye :)
Urmm..rase ade lagi, tapi dah lewat ni..mataku sudah mulai berat. Sok, kalo ingat saya sambung lagi ok.
p/s: Happy birthday to my bro-in-law @ pak busu Rayyan.
Friday, November 26, 2010
NeW inTereSt
Recently, I've been thinking a lot and lastly I've found new interest which is crochet. Kinda weirdo thing for me to do crochet. Jari ku keras2 belaka..hahahaha..
But, it's interesting.
I start to buy the things needed at PKNS during lunch. Needle (size O - for beginners) and yarn (yang simple2 suda).
Before that, kenela buat research dulu using google (thanks mr G!!!!)..Actually, I hate so much reading "manual and procedure" but I have to la in order nak dapatkan hasilnya. Nak nengok youtube, wassalam jela ek..takleh access pon.
So, bende basic yang kene belajar adalah Tali Air atau dalam bahasa omputihnye Single Chain. Buat mende ni memang melekakan. takpe, pelan2 kayuh.
Project in-hand adalah membuat bekas tumbler/botol susu/botol. Dalam fasa "pembangunan".
Juz wait and see....
p/s: Sorry hubby coz wat surprise beday party mlm tadi. Thanks to all family member yang involved.
Tuesday, October 19, 2010
What A Day!!!!!!!!!!
I started my day with period-pain..huhuhu..Though it's hurt, I must make sure that I wake up before 6.30am. I need to prepare Rayyan's thingy and milk for his breakfast.
After sending Rayyan to his babysitter's house and "bye-bye" my lovely hubby, I rushed to office. And there go my day-to-day boring journey. I noticed that my cute WRW a bit stagger, but I juz ignore. Poor me, know nothing about car. All I know, sit in the car-drive-park and go.
Ahahahah..
Before I enter a roundabout (after Subang Airport), a nice Indian man horn to me twice. There must be something wrong. He shouted from his car, saying that my back tire almost punctured. Later, I stopped my car at Petronas-Subang ( I don't know where actually..hihihi) to check it out.
I made a quick dial up to my hubby's hp no., seeking for his favor help..OF course..(^_^)
Few minutes of waiting in my WRW, the "warrior" came with his WJD. He gave me his WJD key, while he settle the WRW's problem. I continue (again), my boring journey to office with WJD. I bit scared, coz last time I used his WJD, I hit my brother-in-law's car..hihihi
I arrived safely at office around 8.45am...
Friday, October 15, 2010
Berhabuk lagi!!!!!
And again, this blog sangat berhabukss hokay...
Ada masa cuma tak berpeluang untuk mengupdate citer terbaru, terkini dan sensasi. ahaksss..
Lebih suka berguling-guling dengan si bujang ku Rayyan dan memerhatikan tingkah lakunye yang comel iteww. Bile si dia ketawa, maka hatiku gembira tak terkata. Jika si dia merengek, pasti ada yang tak kene. Itula lumrah seorang ibu. I'm not a perfect mom, I'm still learning to be a good one.
Rayyan dah masuk 5 bulan. Wow! cepatnye masa beredar. Pejam celik, si Rayyan sedang membesar di depan mata mama dan ayah.
Si bujang kecik ni dah ku suapkan dengan bubur Cerelac. Urmm, suka betul die. hihihi..Memang pemakan la budak kecik ni, macam his ayah. Rayyan nampak gayanye, memang akan membesar lagi. Mana tak nye, tangannye berketak-ketak..
Banyak nak citer ni, cume belum disusun-susun lagi ideanya.
Dapat menconteng sket ni pun, kira bagus jugakla daripada takde langsung kan?..hihihi
Wednesday, September 15, 2010
Dah Raye KE-6 Dah!!!!
Masih belum terlambat kirenya tuan tanah nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..
Tup tup dah masuk raye ke-6 dah..kejap jek mase berlalu..si Rayyan pun dah masuk 4 bulan.
Sunday, September 5, 2010
Last Minit - Shopping
Semalam, kami sekeluarga berjalan-jalan ke The Curve. Shopping last minit untuk cik abang. Die dah aim dah dari last week kat Metrojaya. So, tinggal pergi sane hanging around jap and beli baju melayu. At the same time, singgah jugak kat Crocs-Warehouse Sale kat Ikano. Setelah hampir beberapa minit tawaf kat situ, nampak gayanye tiada yang berkenan di hati. Kalo ade pun, size and warne pilihan takde. Takpela, tak rezeki..maybe next time kot.
Untuk si kecil Rayyan tidak dilupa, singgah sebentar kat F.O.S. Memang rambang mata jugaklah nak wat pilihan. Akhirnya, 2 pasang rompers untuk si dia.
Untuk mama takdela jawapnye.....huhuhuhuhu
Kami berbuka simple jek kat Daily Fresh which owned by my hubby's friend's dad..Cukupla sekadar alas perut dengan Wafilto + Ice Lemon Tea + Ribena. Memang berhajat makan sket jek, sebab lepas tu nak menuju ke William's..
Dah solat kat Ikano, kami terus berangkat ke Kelana Jaya. Sesampai jek kami kat William's tu, ape lagi terusla mengorder. Cik abang order Soda Herbs and for me Nescafe Tarik. Untuk makan plak ktorang try Stir Fried Seafood Loh Shu Fun..Siyes, memang shedap..nak shedap lagi makan dengan cili kicap.. perghhhh...
Bile dah kenyang, ape lagi...balik umah la..hihihihih
Saturday, September 4, 2010
Bila Tiba Hari Raya....
Semua sanak saudara berkumpul..pakai baju baru..makan ketupat, lemang, lontong dan segala juadah termasuklah kuih raya..
Yang dah bekerja kenela sediakan duit raya untuk diberi kepada adik-beradik, anak sedara dan sesiapa yang layak menerimanya..tapi, sebelum tu kenela tukar duit cepat-cepat kat bank.
Yang dah berkeluarga plak, kene buat strategic planning meeting and perlu diminitkan (macam board meeting plak kan?). Nak beraya di mana dulu ye? kete mane nak bawak kampung? dah servis kete belum? etc..
Bila tiba hari raya....
Jangan dilupa yang telah tiada..doakan supaya roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan jauhkanlah mereka dari seksaan api neraka..aminnnnnnn...
Jangan dilupa saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestine..doakan mereka supaya mereka sentiasa tenang dan tabah mengharungi dugaan besar ini..
Bila tiba hari raya...
Pohonlah kemaafan dari kedua ibu-bapa kita..kerana merekalah kita ada di dunia ini..
Bersederhanalah seadanya..ingatlah pada mereka yang serba- serbi kekurangan.
Bila tiba hari raya...
Aku teringat pada si "dia" yang jauh di mata tapi dekat di hati...
Aku impikan kenangan lama kita berkumpul bersama di pagi hari raya..
Aku rindukan semuanya tentang kita...
Pulanglah....................................................
Sunday, August 29, 2010
Updates
Dalam mase 5 bulan ni jugakla, dah macam-macam mende berlaku.
Nape tak update ek?
1. Busy..tersangatlah cliche jawapan ku ini noks..
2. Technical constraints. .mane tak nye, berpindah randah jek. dah jadi cam orang Nomad gamaknye. kalo kat umah my parent tak de tenet, kat umah m.i.l plak ade..last2, menung kosong jela kat laptop ni.
Ape yang menarik skang?
1. Aku dah jadi mama..HOT mama tau. hahahaha..masuk bakul angkat sendri da..My lil' hero is Muhammad Rayyan.
2. Kami sekeluarga dah pindah ke Damansara Damai..hihihi..sesi kemas-mengemas masih lagi dijalankan.
3. Segala harga barangan sume naik (ape ke hal?!!!)
Ok, sampai sini dulu ceritera nye..my baby dah merengek-rengek minta disusukan. Kejap-kejap lagi sambung lagi ek.
Tuesday, March 16, 2010
Our JourNey hAs bEguN - PaRentHooD tRAiNing
Sepatutnye, post ini dibuat semalam. Tetapi, akibat kepenatan yang amat sangat..sy buatla pagi ini. Not much to say pun.
Last Sunday aritu, my mother n father in-law berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Unfortunately, my hubby wasn't there. Ade wedding job @ Batu Pahat. It's ok, it's me n "baby" la jadi wakil. hihihi..
Flight mereka sepatutnya berlepas dalam pukul 5 petang, tetapi disebabkan masalah teknikal (kot), delay ke pukul 9 malam..Mula-mula, heboh gakla satu KLIA (xdela heboh mana pun) dengan perjumpaan mini keluarga ayah. Siap de bekalan lagi. Thanks to nenek, nek bik, makcik Miah, mak Teh dan lain-lain.
Bila tiba masanya, suanasan menjadi syahdu..Bila mana, mak memeluk Sofi. huhuhuhuhu..aku tahan air mata ni..
Bila nak balik jek, macam2 pesanan yang makcik and pakcik bagi..hihihi..Yerla, dalam umah tu aku jela memegang status "bini orang" and "bakal mak"..
Sebelum berangkat pulang, kami adik-beradi sempat berdiskusi..nak makan ape malam ni???..dan satu keputusan telah dipersetujui ramai..Burger King Sek. 13, here we come..
Dahla our lunch pun mkn Domino's pizza..mmg sehari suntuk makan makanan segera..
I called hubby, nak tau dh sampai mane..Die pun kebetulan dh nak sampai Bangi..tapi, die nak antar assistant2nye dulu and makan2. Jumpa kat umah la jawabnye..
Pagi itu, laki ku agak kelemahan. Lenguh2 kaki katanya..Die sorang jek yang leh drive, yang len plak hanya bleh jadi penumpang jek..So, I asked him to take care of 'em..Tapi, before dat..kene la antar aku kt ofis dlu yek.hihihihi..Aku pun malas gak nak drive..
Makan tengah hari mereka di rumah adalah nasi ayam. Hubby belikan.
Balik opis jek, me and hubby terus ke Tesco. Macam2la kami beli untuk bekalan beberapa hari. Sambil tu dok pikir2 nak masak pe..Then, hubby bagi idea..masak ikan bakar and masak sup sayur. Ok gak tu.
Hubby terus ke kaunter ikan (bukan kaunter pertanyaan)..dia dan usha2 ikan cencaru. PE lagi, rembat la. Aku plak mencari sayur-sayuran. Meemandangkan Along xde, leh la makan ikan bese-bese ni. Menurut kata Shera and mak, Along xmakan ikan yang bese2 ni, kalo pari on la. Wuteva..lagipun, suppose arini die berangkat ke Gurun.
Balik jek, operasi pun bermula. Sumenya hampir siap. Tetibe dengar suara Along plak..huhuhu..confirmnya die tak makan ikan tu. So, to chill him up..Shera gorengkan telur dadar for him. Okla tu kan.
Abis jek makan, kemas2 sume..aku pun colapse akibat kepenatan yang amat sangat...huhuhuhu..
Citer ni akan bersambung sok (or bile2 ade kesempatan)....
Wednesday, March 10, 2010
iT's a Brand New dAy....
Salam semua..Selamat Hari Wanita (Belated)!!!
It’s been awhile (lama gler sebenarnya), tak update diz blog. Mana taknye, terkejar sana-sini nak uruskan hal-hal spt tempat kerja baru, perpindahan, rumah sewa, medical checkup, dsbg.
Alhamdulillah, I managed to go through all these things dengan adanye my dear hubby di sisi. Thanks abang…Jasamu kukenang..
Macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Januari yang lalu, aku masih lagi bergurau senda dengan mummy fid (rakan sepejabat). Maklumla, sama-sama preggie. Macam-macam yang ktorang kongsikan; daripada pengalaman masa mula-mula pregnant, petua-petua sampailah ke barang-barang baby. Bab makan, memang tak leh tolak ke tepi terutama sekali aku la..hihihihi…
Sebelum tu, korum lunch ktorang de ramai. Antaranya; me, Fid, Alfred, Mimi @ Meng, So, Kak Wan, Shahrul and Haizal (ade name tertinggal lagi tak??). Tapi, lama-lama makin shrinking plak. K.Wan bizi dengan projek. Lepas tu, satu persatu meninggalkan ktorang. Mula-mula Alfred, Meng, aku and then So. Tinggallah Fid sorang-sorang. Haizal ngan Shahrul makan ikut mood plak tu. Tapi, dengan citer si Shahrul pun dah dapat offer.
Nak wat macam mana, hidup mesti diteruskan. But the memory will remains in my heart.:)
Last day at XX, memang syahdu. Tapi, aku dah sound diri aku awal-awal lagi. No more tears..hihihihi…Tak nak seedy-sedey konon. Hakikatnya, memang sedey pun. Terpaksa meninggalkan teman-teman seperjuangan kat XX.
Walaupun stress dengan kerja, ktorang masih lagi ber ”hu ha hu ha” lagi. I will miss kak Sahura, kak
Sepanjang percutian aku selama 2 minggu (sebelum masuk tempat keje baru), memang aku tak wat ape-ape pun. Duduk umah, nengok tv, fbying, makan, tido..hahahahaha..Sepatutnya, aku dah boleh mengemas-ngemas umah dah time tu..tapi, malasnye..Tuhan jek yang tahu.
Dalam pada masa yang sama, aku pun sibuk-sibuk meng”google” klinik-klinik kat area Shah Alam untuk continue my pregnancy monthly checkup dan juga hospital-hospital yang bersesuaian (dengan wang di poket..hihihihi) untuk kelahiran our first baby.
Bukan tu jek, aku pun sibuk meng”google” keperluan-keperluan untuk aku mase bersalin nanti and untuk baby. Tapi, nengok jela..belum wat list lagi..hihihihi..
Apepun, sempat jugakla aku wat medical checkup untuk aku submit ke XXXXX. Cume wat yang bese-bese jek. Tak bleh nak wat buat X-ray, coz aku pregnant. Bile dah siap sume tu, aku terus antar kat XXXXX.
Yang paling besh adalah..menyambut hari lahir bersama yang tersayang. Sebelum tu, sambut besday m.i.l on 11th Feb. Tak ke mana-mana pun. Duduk umah mentua jek kat Shah Alam jek. Thanks to abang, mak & ayah, and abang & adik ipar kerana bersusah payah buat kejutan. Dahla mase tu aku ngantuk gler, dengan masih bertelekung...hihihihi..Sambutan hari lahir yang paling alim sekali..Terima kasih atas hadiah itewwww..i loike:)
Hari pertama aku melapor diri kat XXXXX, memang membuatkan aku nervous. Yerla, bese kt XX aku pkai jeans or long pants jek. Dah lama gler tak pkai baju kurung. Ni nak pkai baju kurung pun, kain sure-sure dah tak muat. Terpaksala pkai menyisip pin baby kat kain, asalkan tak melondeh kain tu.
Sampai-sampai jek, aku terus pegi ke Blok 6 (kat sini banyak betul blok-blok) untuk melapor diri. Dan sesampainye aku kat sane, aku terjumpa one of candidate mase final interview sekali dengan aku aritu. Sah-sahla, die pun dapat offer ni jugakkan. Her name is Siti Hajar. Kami berkenal-kenalan lagi, sambil mengisi boring-borang yang perlu diisi. Kat sini, memang suka menulis agaknye. Mase interview aritu pun, kene jawab essei, isi boring maklumat diri, keluarga, pekerjaan dsbg. Takpe, isi jela…Itupun, amik masa jugak tau. Lepas tu, ktorang kene amik gambar lagi, kene jupe commissioner of oath lagi..bizi nyer.
Setelah ke hulu dan ke hilir, akhir aku dan Siti berpecah menuju ke department masing-masing. Aku ke HRP and Siti ke HRD. Masuk-masuk jek, tak berjumpa pun dengan bos (Pn. Azizah)..sebab, bizi meeting. Sebelum tu, sempat jugakla aku berkenal-kenalan dengan warga HRP yang kesemuanya wanita..kak Zaiton, kak Rashidah, kak Rokiyah, kak Sharipah, Roslinawati, kak Roselina, kak Aiza, kak Zalina, kak Rajiyah, Eliya, Zalina and Mashita. They’re all friendly.
Dan sesi briefing pun bermula..disebabkan berlakunya restructuring secara besar-besaran maka department HRP lah yang paling huru-hara sebab nak menyediakan JD (Job Description). And that’s one of my task..perghhh…soon they’ll have JD online, untuk smoothkan the process. Next, kene prepare proposal untuk Non-Exec Development Committee (NEDC)..masuk-masuk jek dah kene buat 4 papers. Amik ko!!!!
Lagi, budget and emolument..pe kejadahnye pun aku tak tau..soon la kot, pas aku beranak nanti. Huru-hara la kehidupan aku. Hihihihihi…
Nak citer lagi..tapi, dh xde idea nak sambung. So, until next time..see ya!!!
Tuesday, February 2, 2010
Mee Sup Daging Halia
Setelah menyelongkar di segenap dapur, kat dalam kabinet pun tak sempat nak menyimpan ape2 (mana taknye, kabinet umah sangat tinggi dan tidak tercapai oleh ku..ehehehe), akhirnya..aku telah menjumpai sepaket mee curl. Yang tinggal hanya 3 keping jek. Boleh la kot, nak makan untuk 2 orang jek pun.
Secara tak langsung, macam-macam idea ade nak masak mee ni. Ade daging and mee. Urmmmm...Dan akhirnya, tercetus la idea nak masak Mee Sup Daging Halia (Mee Sup + Ginger Beef Noodle). Adela improvise sket. Sorryla, xsempat nak snap gambor. Dek kerana terlalu lapor, perlu mengutamakan perut dahulu.ehehehe..Meh cni, aku share the recipe:
Mee Sup Daging Halia
Bahan A:
Daging lembu (ikut suka bape banyak nak, and perlu direbus dlu)
1/2 inci halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap)
1 sudu makan Sos perasa Maggi
Garam secukup rasa
Bahan B:
1 biji bawang merah (saiz sederhana, nak banyak pun boleh) - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 Halia (ikut suka, lagi banyak lagi sedap) - dimayang
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato
Garam, gula & serbuk perasa
4 cawan air (nak pkai air rebusan daging lagi sedap)
2 biji telur
Minyak masak
Bahan C:
Mee curl
Air (untuk merebus)
Sedikit minyak
Cara-cara:
- Satukan Bahan A, dan perap untuk seketika.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak dan tunggu seketika hingga panas.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan perapan Bahan A dan tumis seketika.
- Kemudian masukkan lada sulah dan lada hitam. Apabila sekata, masukkan air dan tunggu sehingga menggelegak.
- Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit perasa dan jugak tomato.
- Tunggu sehingga menggelegak sekali lagi dan masukkan telur. Kacau seketika dan matikan api.
- Sementara Bahan C pula, rebus air sehingga menggelegak dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan mee curl. Tunggu seketika dan toskan.
- Siap untuk dihidangkan.
p/s: Sedap dimakan ketika panas dan dihidang bersama cili potong+kicap. Memang sedap:)
Selamat mencuba tau..
Saturday, January 30, 2010
Gastrik Oh Gastrik....
Kalo nak tau, gastrik atau dalam terma perubatannya Penyakit Peptik Ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut yang boleh merosakkan dinding perut.
Gastrik kerap berlaku sekiranya perut dalam keadaan kosong dan pesakit juga kebiasaannya mengalami pedih hulu hati. It's really-really hurt tau. Trust me! Ia akan diikuti dengan muntah-muntah, rasa sebu di bahagian perut dan sendawa.
So, kalo anda di luar sana ada mengalami simptom2 seperti di atas, silalah dapatkan khidmat dan nasihat doktor dengan segera ek.
Why Im so concern 'bout this??
Urmm..aku jua telah diserang gastrik. huhuhu. Pelik tak bagi ibu mengandung diserang gastrik? Bagi aku pelikla jugak. Yerla, macam mane aku (seorang pelantak) bleh kene gastrik. Hanya disebabkan miss one time dinner jek (akibat tertido menunggu hubby), terus jadi cenggini. huhuhuhu..Poor mama, poor baby...
Tapi, setelah digoogle2 dalam forum itu-ini, website itu-ini..gejala ini memang bese bagi ibu mengandung. Mana taknya, makan untuk 2 orang kan. ehehehe. So, next time walau macam mana penat sekalipun memang kene makan jugak. Sedikit tapi kerap. It's a must.
And jangan lupe plak, ubat yang doktor bagi tu ek. Tu pun kene mam jugak (aku pun kadang2 miss.ehehehe)
Thursday, January 28, 2010
At Last...
Dapat jugak aku kuar dr o#is ni. And tak perlu la menghadap segala conflict of interest, unprofessional b*ss, beberapa manusia hipokrit and etc..Dah lame sbnrnye nak kuar dr belengu ni, cume belum ade peluang and rezeki lagi..And bile tibe masenye, this is it..no turning back beb..Walaupun hati ini berat sekali nak melangkah kaki, yerla..kadang-kadang masalah pun tak menjadi masalah bila kita jumpa kawan-kawan yang best kat cni. Kawan-kawan yang tahu menghargai persahabatan yer!!!
Mari renungkan phrase ini:
"Say I am the same BUT I am not surfing FB while work, BUT someone care has forward it to me"
lol..apadaa..dah xde mende len ke ko nak ungkit..ape la beza nya ko buka facebook ngn bukak ym. Dua2 pun, ko leh status kan n dua2 pun ko curi work quality time..urmm..apepun, ini hanyalah ayat propaganda untuk menyelamatkan diri saje. And aku tak amik kisah pun, sebab ko pun same jugak..ehehehehe..Kalo2la manusia ni terbace blog aku ni, mintak kem salam skali rakan persengkokolan ko ek..yang diibaratkan sebagai "someone care" tu..ehehehe...Urmm, terpikir gak aku, kalola aku ni jahat sangat kan. Bleh jek nak counter fire manusia ni..Say, antar email directly to h!* boss; yg die ni telah merevealkan P&C matter kepada org yg x sepatutnya, and aku akan tambah spices lg yg die ni mmg slalu dtg lmbt, selalu kuar buat rambut waktu office, gossip pasal ur s%@nd@! (oooPSs) n mcm2 lgla yang aku xnmpak..ehehehehe..Biarlah, mengalah tak bererti kalah kan??. Cume die belum bertemu buku dgn ruas jek..eheheheh
Pas ni, aku nak teruskan kan kehidupan aku yang "gini-gini" ni..Sentiasa bersangka baik ngn orang. Simple and happy go lucky.
Urmm..yang penting..aku de mase 2 minggu utk rest. Best gler....Ade mase nak pkir pasal rumah, kemas2 and macam-macam lagi. And the best part is, ade mase lebey sket ngn hubby. Jangan jeles ek!..And ade lg la beberapa perkara aku leh wat, such as..google for more pregnancy info and tips, more recipes (i loike), more time for blogging (hehehehe) and etc.
Monday, January 18, 2010
I'm HapPy...HaPpY..HaPpy
Aku happy sebab kuar dari "kepompong"..ehehehe..macam rama2 plak kan??? Lebey kurang ar..dapat sayap utk terbang. ehehehehehe
Ni sume rezki baby..Alhamdulillah..
How to start ek..Kronologinya camnila :
Pagi Isnin aku telah dispoilkan oleh sumone yang kononnye tend to be so called "professional" tapi penuh dengan hasad dengki..My laptop mengalami masalah wireless connection. Aku dh suh technical team check sorang2 K! Wat pengetahuan korang walaupun aku ni name jek Training Executive, my workstation nun jauh di bhgn recep yek. Kononnye senang nak monitor kuar masuk trainee..Yup, It's true..aku leh la nengok trainee yg masuk kelas lmbt..bukan trainee jek lmbat, staff pun de gak masuk lmbat termasukla yg "tutt" tu..ade aku kesah ko masuk lmbt? pernah aku report ngn bos ko yg ko masuk lmbt?..penat dh wey nak menipu bg pihak ko..kadang2 kantoi gakkn??!!....
OK, continue...disebabkan xde internet connection susah gakla aku nak wat keje, bukannye ade kabel network pun. Tempat recep yang maha besar tu aku kongsi ngn one staff from same department..Technical tu dh try mcm2, tp lom ade solution terdekat. Die kate pkaila dlu kabel network dlm blik training..for temporarily..
And the issue pun arise..hr jupe aku pagi td ckp pasal ni..Wutta???..isu cam bdak kecik s*#l...disebabkan aku pindah tempat tu utk sementara waktu susahla aku nak nak pickup phone n buka pintu (yang konon2 nye canggih tu). I'm pregnant Ok n u expect me to run utk pickup the phone yg jauh dr blik training tu??!!..WTH..WTF..pastu, ade lgla isu2 yang merapu n merapik..yerla, org dh dengki, mcm2 la kuar..Pastu hr pun antarla email n seek solution from my bosses n cc to me..then, bru ku tau sape yg "baik hati" sangat tu..urmm...ayat yang ridiculous n tak masuk akal: "I was told that she can't answer phone due to pregnancy, if that is so, I hope a letter from doctor has appended to HR."..kecoh s*#l...sape yg "pandai" sangat reka cipta fitnah camtu..Owh, lupe plak.."Politik" ofis ek..yup, dat's the rite word..so far..
Dear..tak susahkan nak tanye aku yg "dekat di mata, jauh di hati" ni..directly. Tanyela bebaik, nape dok blik training ni? nape tak dok luar?..or simply said camnila.."ko kan di bayar untuk jadi recep, dudukla depan.."..Ini tak..hujan takde..ribut xde, kuar statement camni plak: "I am informing you this as my first step of handling issues before I proceeds to the next level- if there is no change. "..walawey..ko ckp ngn aku pun tak..sesuka ati jek nak menghukum..ingat pangkat ko bleh wat sesuka ati ke?..Dgn org lain, bleh plak ko tanye opinion diorang kn..aku ni yg kt "depan" mate ko jek, bleh wat dek..nape?? ko dh xde mulut ke? ape yg ko tak puas ati sangat ek?? pelik aku??
Walaupun aku sedey, sehingga tak mampu nak menangis pun..yerla, ade jugak umat Islam yg berhati busuk sebegitu..Tapi, aku masih ingat Allah..n ingat pesan mak aku..:"Biarlah orang yang buat kita, jangan kita yang buat dia..Tuhan tu Maha Adil."..
Apepun, mood aku ade up sketla pastu bile dpt satu panggilan. Alhamdulillah..rezeki tahun 2010, rezeki suami n rezeki baby...
Apepun, buat manusia "tut"..aku dh ampunkan dosa2 ko pun, tak kisah la ko nak mengaku ke tak aku sedare ko kn..cume yang tinggal lagi dosa2 ko ngn tuhan jek.
Apepun, aku happy sangat ape yang dh berlaku ni..
Kesimpulannya; ade mulut cakap dpn2, jangan berani cakap belakang jek; jangan konon2 nye nak jd professional, tapi yang ado; don't simply trust anybody..
p/s: Entry kali ni penuh dengan emosi, maaf di atas kekasaran bahasa.
Wednesday, January 13, 2010
Tips-tips Semasa Mengandung
Yang kadang-kadang tak syoknye...aku semakin malas. ahahahahahahaha...malas nak pegi keje, malas nak masak, malas nak jalan-jalan, malas kemas umah, segala-galanya bermalas-malasanla..tapi, bab makan tak brape nak malasla.
Bab makan ni, memang interesting sket. Yerla, kalo dah mengidam macam-macam tu, hampir 98% dituruti hubby. ehehehehe..Berat badan hubby pun (I guess), dah makin bertambah cam aku jugak. Aku makan, die yang tolong habiskan. Cian die. Ape salahnye kan, hubby pun memang "kaki melantak".
Dan ade lagi yang tak besh..selama ni aku sihat walafiat tetibe plak bleh kene migrain. huhuhu. It's OK now, still under control. Kene banyak relax and kurangkan stress. Which means, bertambah-tambah malas la tu. kuikuikui...
Sepanjang tempoh kehamilan ni, aku memang suke google info-info yang sesuai untuk aku sebagai bahan bacaan dan rujukan. Serata alam aku cari; website itu-ini, blog, forum etc. Daripada aku baca mende-mende yang merapu, adalah lebey baik aku nengok mende alah ni kan.
Antara yang menarik yang aku jumpe yang dapat aku kongsikan adalah : Tip-Tips Semasa Mengandung (Oleh: Shahliza94)
Tips-Tips Semasa Mengandung....
Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2
Laman web:
http://www.timang.org/
http://www.babycenter.com/
http://www.amazingpregnancy.com/
http://www.blogger.com/
http://www.parentsplace.com/
http://www.americanbaby.com/
http://www.childbirth.org/
http://www.theverybestbaby.com/
http://www.pampers.com/
Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )
Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.
Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.
Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.
Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.
p/s: Tahniah buat papa azmi and mama ila atas kelahiran puteri sulong mereka.
Saturday, January 9, 2010
The Blind Side - Must Watch!!!
"Urmm..Movie pe?"
"The Blind Site."
"Kate nak nengok 2012..Urmm, OK jugakla..nengok jela The Blind Site."
----------------------------------------------------------------------------------------------
Director : John Lee Hancock
Starring : Sandra Bullock, Tim McGraw, Quinton Aaron, Lily Collins, Ray McKinnon
Plot Summary :
"The Blind Side" depicts the story of Michael Oher, a homeless African-American youngster from a broken home, taken in by the Touhys, a well-to-do white family who help him fulfill his potential. At the same time, Oher's presence in the Touhys' lives leads them to some insightful self-discoveries of their own. Living in his new environment, the teen faces a completely different set of challenges to overcome. As a football player and student, Oher works hard and, with the help of his coaches and adopted family, becomes an All-American offensive left tackle. Written by Anonymous
----------------------------------------------------------------------------------------------
Mase mule2 hubby pasang citer ni, xdela perasaan sangat nak nengok..ehehehe..I tot it was like an ordinary film. But, lame kelamaan..plots getting interesting and interesting.
Menyelami perasaan Big Mike yang mengharungi liku-liku hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi. Kemudian, muncul insan yang berhati mulia bernama Leigh Anne yang membuka pintu kebahagiaan kepada Big Mike.
Antara babak-babak yang aku rase best adalah: sewaktu Big Mike makan keseorangan di meja makan di rumah Leigh Anne, and babak di mana Big Mike call Leigh Anne and memanggil Leigh Anne; "Mummy or Momma"..either one..ehehehe.. So touching..
Rating : 9/10
Friday, January 1, 2010
It's 2010
Lame giler tak bukak blog ni..dah ber"habuk" sket. ehehehe...Pejam celik pejam celik, dh pun masuk 2010. Macam tak percaye jek 2009 meninggalkan kite. Banyak betul kenangan yang telah dilalui semasa 2009..suka duka, masam manis..sume ade.
Rentetan :
I'm 25 years old..I'm a wife, blessed with understanding and loving husband, a mom-to-be (due on June, 2010). I'm still within Aquarian personality type (pro and con..d'uh)
I love my family..my parents and in laws..brothers and sisters..nieces and nephews..and all family members.
I just love being myself.
Welcome .
Harapan untuk 2010???
Untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik, dapat memperbaiki segala kelemahan diri, menjadi isteri & ibu yang solehah.
Last but not least - I'm ready to face new challenges!!!!
So far tu je la kot..nak letak harapan yang menggunung sekali pun kalo tak tercapai, tak de maknenye..ehehehehe
Anyway..Happy New Year 2010 and Salam 1 Malaysia...