Lil HerO - Muhammad Rayyan

Lilypie First Birthday tickers

Fara & Addin's Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 14, 2009

Saturday Cooks - Mee Udang

Alkisahnya bermula pada suatu hari Sabtu yang damai..which is today..

Bangun pagi jek, pas mandi..aku terus ke dapur untuk mengadakan sesi gerak-gempur pembersihan. Maklumlah, wanita berkerjaya semuanya serba sibuk (alasan je tu). Sambil mengemas sambil aku memikirkan nak masak pe tengahari ni.

Bila dah siap kemas, aku terus keluarkan tepung. Nak wat cekodok untuk breakfast..ehehehe..Sambil tu juga, aku masih memikirkan nak masak pe. Terasa macam nak masak tomyam, tapi...urmm..macam nak cuba sesuatu yang baru..

Sambil tunggu cik abang bangun, sempat jugakla aku goreng cekodok. Maka, tengahari tu kami kekenyangan makan cekodok. Tak jadila nak masak tengahari yang hebat-hebat..ahahahaha

Di kebosanan hari Sabtu, sambil menukar-nukar channel tv..tetiba, aku terasa nak memberi fokus pada rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan oleh Chi. Citer ni memang menarik. Dengan berbekalkan wang saku RM300, korang boleh pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

Destinasi kali ini adalah di Negeri Perak Darul Redzuan. Mula-mula, macam biasa sampailah ke lokasi seterusnya Kuala Sepetang. Setahu aku, tempat ni pernah masuk Majalah 3 sebab ke"famous"an mee udangnya. Dan Chi telah me"confirm"kannya, dengan menikmati hidangan Mee udang Banjir. Perghhhhhhhhhhhhhh...terliur aku dibuatnya.

Ape lagi, aku terus google resipi Mee Udang. Yang penting, ingredientnya mesti simple and sempoi. ehehehehehe...And I've found this : http://www.trymasak.my/. Thank God!

Resipi Mee Udang

Bahan-bahan:

1) Mee (300g) - aku guna mee Cintan (x baper gemar mee kuning..ehehe)
2) Udang (100g)
3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang besar (1 labu)
6) Serai (2 batang)
7) Tauhu (1 keping)
8) Taugeh (100g)
9) Sawi (1 ikat)
10) Daun bawang (sedikit)
11) Daun sup (sedikit)
12) Pes cili (2 sudu besar)
13) Sos tomato (2 sudu besar)
14) Belacan - dibakar (sedikit)
15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
17) Bawang goreng (sedikit)
18) Gula (sedikit)
19) Garam (sedikit)
20) Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

Rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.

Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.

Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.

Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.

Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.

Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.

Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.

Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.

Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.



Dan hasilnya :


Meals for 2, mama & papa :)


Perghhhhhh..delicious

Wednesday, November 4, 2009

eNtRy SesAje

It's been long time rasenye tak update blog ni..almost 2 months agaknye. Bukannya ape, tiap kali nak bukak blog jek trus cam xde mood.

Dahla xde mood nak g keje..huhuhuhuhu...

Anyway, sepanjang 2 bulan ni mmg mcm2 yang berlaku. Good and bad. Adatla tu, mane ade yang baik saje.

Anyhow, life must go on tak kira ape pun.

Dan perkara yang paling membahagiakan sy sbg seorang wanita n wife adalah.....im gonna be a MOM. Alhamdulillah..

Im trying to be a good MOM, InsyaAllah..

Wednesday, August 12, 2009

TagGed..beLated version..

Tadi singgah kejap nengok blog azie. Nak tau saya jumpe ape? Edisi 7th July 2009, im tagged. ahahahaha.. Dah lebih sebulan. Nampak sangat aku bz..kwang kwang kwang..OKla Pn Azie, thanks for the "tagging".


by Shibratun..

1. Bekas kekasih saya adalah :
hah? suami saya la..dulu kekasih sekarang bila jadi suami, dah tentulah die ex saya. (meniru jawapan Pn Azie..ehehehe)

2. Saya sedang mendengar :
bunyi aircond kat office

3. Mungkin saya patut :

amik MC arini. Sebab asyik terbatuk2 jek.

4. Saya suka :
duduk kat umah sambil baking a cake or cookies or etc

5. Sahabat-sahabat baik saya :
semua jauh di mata..tapi dekat di hati…(meniru lagi jwapan Pn Azie)

6. Saya tak paham :
kenapa saya tak dapat panggilan daripada KPLI

7. Saya kehilangan :

brooch yang dihadiahkan oleh my opismate mase setup booth kat Unisel's Career Fair..huhuhu

8. Ramai yang berkata :

saya semakin berisi lepas kawen ni..

9. Makna nama saya :

cahaya kegembiraan, kebahagiaan, kesenangan

10. Cinta itu adalah :
amat indah

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
tido..(my hubby la tu)

12. Saya akan cuba :
jadi isteri yang terbaik untuk suami saya

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever


14. Telefon bimbit saya :
Sony Ericsson cyber-shot K-770i

15. Bila saya terjaga dari tidur :
cium pipi suami saya..eheheh

16. Saya paling meluat apabila :

ade mamat2 yang ade hati nak tackle bini orang..

17. Pesta/Parti adalah :
keseronokan, tapi perlu ada batasan.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
anak kucing yang diberi nama "hemo hemo". Tapi sayang, dah mati kene langgar motorsikal.


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
20-an

20. Hari ini :
hari Rabu..macam nak nengok wayang jek..ehehehe

21. Malam ini saya akan :
masak untuk suami saya..dia sangat suka makan..

22. Esok pula saya akan :
pastikan suami saya masak untuk saya plak..ehehehehe

23. Saya betul-betul inginkan :
1 set perkakas untuk baking cake..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
i look so cute (perasan)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah

26. Makanan Barat atau Jepun :
Barat

27. Bilik yang terang atau gelap :
terang

28. Makanan segera adalah :
seperti yang terjual di McD, KFC, Burger King. Sangat sedap dan sangat berbaloi untuk mereka yang tiada masa untuk memasak..Owh, lupe plak..Megi..d'uh..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
babai sayang..luv u

30. Siapa yang anda mahu Tag?

kak yu (Yusrina Mohamad Hatta), kak ila (iladalila), kak dayu (diraniangurl)


Batuk Oh Batuk!

Urmm..tak selsesanye. Dari last week lagi saya dah batuk2. huhuhuhu..Sampai cedera anak tekak saya.

Oleh kerana dah tak tahan sangat, ari Isnin yang lalu saya pun pegila ke sebuah klinik area sri serdang. Doktor tu bagi ubat batuk (cecair), ubat batuk (pil), ubat tahan sakit, ubat tekak and antibiotik = RM30. Sempatlah juga saya tanye kat doktor tu, ubat batuk ni mengantukkan tak. Maka derngan confidentnye doktor kata, tak mengantuklah.

Oleh kerana mase tu lunch, saya stopla sekejap kat McDonald's untuk beli my lunch. Pikir punye pikir, last2 saya beli Mc Value Lunch set nugget. Blehla tu, asalkan ade sumthing untuk alas perut sebelum makan ubat2 tu.

Sampai jek kat opis, aku trus makan nugget. Punyela tak sabar nak makan ubat. Nak cepat sembuhla katakan. Yerla, cik abang dah risau. Satu persatu pil aku keluarkan. Dengan membaca Bismillah, aku pun ngapla ubat2 tu. Last sekali, dua sudu ubat batuk.

Penangannye memang mengagumkan, mata aku dah mula layu, kaki aku dah mula kebas2. OMG, how Im gonna drive home ni? Dahla ujan lebat ari tu. Takpe2, jangan risau. Saya dengan yakinnye, memfokuskan diri untuk drive. Bahaya tu, lelap sket jek leh terbabas tu.

Anyway, Alhamdulillah..sampai jugak saya kat umah. Sempat jugak saya buat kerja2 rumah, cume paling tak larat nak masak. ehehehe..cian cik abang. Kene makan megi malam tu.

Hopefully, batuk saya akan sembuh dalam minggu ni jugak. Tak sabar nak g hunny moon lagi kat PD. Oooops, kantoi plak.

Thursday, August 6, 2009

Cooking -Memasak

Cooking atau di dalam Bahasa Melayunya adalah memasak.

Teringat masa belajar di sekolah menengah subjek Kemahiran Hidup. Memang interesting. Boleh menjahit, menukang dan memasak.

I bet, everyone out there knew about cooking. But, wut's cooking really mean?
Cooking is a process of preparing food by applying heat, selecting, measuring and mixing ingredients together in all kinds of ways an ordered procedure for producing safe and edible food.

Tapi tak semua makanan memerlukan heat dalam proses penyediaan makanan. Sebagai contohnya, salad. Salad merupakan hidangan ringkas yang hanya menggunakan sayuran salad dan beberapa jenis sayuran lain serta dressing. As simple as that.

I'm not a good cook, but I can try my best to serve the best. For me, my mom is the good cook that I've ever seen. Campaklah segala apa dalam kuali, mesti menjadi punya. Dari sayur "masak bening" sampailah ke rendang. Simply delicious. Rendang zaman-zaman dulu menggunakan rempah yang dibuat sendiri. Tak macam sekarang ni, pergi je mana-mana pasaraya pasti ada yang instant. Bukan setakat rendang saje, sambal tumis, kuah kari pun ada. Macam tak tagline Astro- Macam-macam ada.

Masa kecil-kecil dulu, saya selalu sangat tengok rancangan masakan. Nak pulak kalau dihoskan oleh chef Wan. Memang bestlah.

Sekarang ni, bila dah ada Astro melekatlah mata saya tengok Asian Food Channel (AFC). 3 orang chef yang paling saya suka: Jamie Oliver (OMG..handsome gler), Nigella Lawson (sweet) and Michael Smith.

I like the way they cook the meals. How simple and interesting cook can be.

Takdela berangan nak jadi chef, tapi setakat chef di dapur rumah sendiri cukupla.


Glossary:
1. Masak bening - sejenis masakan Jawa, sayur direbus tanpa perlu menumis.

Tuesday, August 4, 2009

RiNdUnYe mEmbLoGgInG

Wah...Lame gler tak memblogging..rase cam setahun jek..

Alasannye..memang takde alasan lain pun..bizi..bizi..bizi..memanjang bizi..

Dalam pada dah lame tak memblogging ni, macam2 peristiwa dah berlaku. Our talented film director, Yasmin Ahmad died..Rusuhan..Kematian Setiausaha Sulit Exco Selangor-Teoh Beng Hock..dan macam2 lagila..




Tak cukup dengan itu jek..My CRV car kene pecah. And guest wut ape yang ilang? Hanye 2 Touch N Go saje yang ilang.huhuhuhu..Smart Tag tak pulak pencuri tu amik. Ari sabtu hp cik abang plak kene kebas mase ade job kat Melaka.

Inila namenye dugaan hidup..Sekejap kita di atas..sekelip mate plak kita di bawah..Renung2kanla...

Saturday, July 4, 2009

Hunny Moon @ Langkawi Part Two

Budak gemuk yang lapar

Budak gemuk sedang menjadi model sambilan cik abang

Budak gemuk, seluar cik abang dan peti besi..urmmmmm

Budak gemuk posing lagi kat almari

Budak gemuk sedang update Hunny Moon @ Langkawi Part One


huhuhu...ktorang dh abis pun berhunny moon sbnrnye..tapi, apakan daya the next place ktorang bersanggah ade limited access to internet. Alamatnye, cerite hunny moon pun dah basi. btw, aku kongsi jugakla cerita2 ktorang yang tak seberapa ni.



Al-Kisah..............................................

Dari Sinaran Motel ke Sheraton Langkawi..hohohoho

Date : 29 Jun 2009
Venue : Langkawi

Pagi tu kami agak kelewatan sket. Tapi, usaha untuk mencari sarapan yang sedap2 tetap diteruskan. Dengan perjalanan tak sampai beberapa minit pun dari Sinaran Motel kami singgah untuk sarapan di gerai "Entah Ape2 Entah Namenye"..ehehehe..sebab aku tak sempat pandang sign-board. Dan kami makan "Entah Ape2 Entah Namenye"..aku berlaukkan udang n cik abang berlaukkan ayam goreng. Itulah sarapan pagi yang "terberat" pernah aku makan. Nasi die ala2 nasi minyak. memang sedap..tasty..perghhhhhhhhhhh...Next time, aku will make sure aku dapatkan name gerai tu..ehehehehe..

Ktorang takde la lame mane pun makan, pastu ktorang jalan2 sat nengok baju untuk our out-door photoshoot sok kat butik DNE..n I choose a lovely evening dress..ehehehe..(urmm, tak sabar plak tunggu gambar siap). Dah berpuas hati dengan baju tu ktorang trus blik untuk check-out and menuju ke destinasi seterusnye...Sheraton...yeayyyyyyyyyyyyyy..

Ktorang gerak sesame ngn pasangan Im and Eddy (newly wed gak), kenalan cik abang..panjang ceritanye..ehehehehe..Diorangla org belakang for our hunny moon at Sheraton tu..Thanks guys...

Petang tu, diorang bersiap2 untuk out-door photoshoot..sape lagi kalo bukan cik abang yang amik gambo diorang. Kirenye, keje+hunny moon..ehehehehe..

Apepun, hasilnye sangat superb..(nanti kte kongsi bersame ek..in the next story)..

Dan malam itu, kami menikmati makan malam yang sangat..sangat..sangat..urmmm..i cant think what is the suitable word..ehehehe..sangat mahal?ahahahahaha..of cos..thanks again to Im n hubby for dat voucher - Captain's Grill. Memang berbaloi, tak rugi melepas tiket wayang untuk menonton Transformers..ehehehehe


Date : 30 Jun 2009
Venue : Langkawi

Macam bese, tiap2 pagi kami kelewatan lagi. ahahahahaha..tapi kali ni, tak dela lewat mane pun, sempat gak layan movie twilight. Sempat la breakfast wif Im n hubby. Makanan and decoration..memang mantap. Mana taknye, cik abang boleh lantak lamb chop 5 ketul.huhuhuhuhuhu...kepanasan la

Pastu ktorang trus rush ke butik DNE untuk make up and amik baju for our out-door photoshoot session at Sheraton. Cantekkkkk..ehehehe..Thanks to photographer on dat day Ana, uncle Fendy n daughter.



Penatnye wat photoshoot..huhuhu..penat satu badan plak tu.. Sempat gak la melantak laksa ngn kerang bakar kt Penarak. memang sedap..nak plak tambah cili potong..huhuhuhuhu..Pastu wat penat cik abang ronda2 bawa aku kat Pantai Cenang jek. Aku asyik terlelap jek. Mujur mase singgah kat Awana Porto Malai tu aku dah sedar sket..sket jela. Itupun, cik abang bagi Red Bull..perghhhhhhh..

Balik2..trus..rebah ke katil...

Date : 1 Jul 2009
Venue : Langkawi

huhuhu..tak beshnye nak meninggalkan Langkawi. tak puas lagi rasenye..setelah check-out dari Sheraton n bubye2 Im ktorang trus menuju ke arah Gunung Mat Cincang untuk naik cabel car..mak aih, sakit pinggang den trun naik tanggo..huhuhu..

Dah puas jalan2..trus patah balik Kuah nak beli minyak gamat and coklat serta souvenir tak lupe juge nak melantak..ahahahaha. Sempat jugakla ktorang jalan2 kat pasar jap..

Ktorang pun tak leh lelame sangat sebab nak kejar flight. So, stop for awhile for dinner kat area2 terminal. Main dishes - Gulai Ikan Tenggiri..aku xde melantak sangat sebab lidah aku melecur dek kerana makan bubur segera..ehehehe..Lepas jek mam, trus gi airport dan sesi pemulangan kereta sewa.

Dan akhirnya, kami berlepas ke KL dengan menaiki AK 5333 jam 10.45 malam..nunye Langkawi..next I datang lagi..shoppingggggggggggggggggggg..eheheheh

Monday, June 29, 2009

Hunny Moon @ Langkawi Part One

Date : 28 Jun 2009
Venue : Langkawi

Phewww..akhirnya berjaya jugak ktorang mendarat kat bumi Mahsuri ni. Penerbangan dengan AirAsia AK5330 jam 6.55pm mengambil masa selama lebih kurang 1 Jam selepas menunggu tak sampai 1 jam pun kat LCCT. Aku memang excited glerrr..maklumla, honeymoon ngn cik abang..eheheheh..

Sampai2 jek terminal Langkawi, trus call mak untuk inform yang ktorang selamat sampai kat Langkawi..yeayyyyyyyyyy..

Tiba masanye mengambil bagasi..Urmm, cik abang dh konpius dah..mane satula bag ktorang?ehehehe..Jangan tak tau, aku dah letak key-chain patung koala.ahahahahaha...

Pastu, cik abang trus call En Rashedi untuk pick-up our rental car - Nissan Sentra. Perghhhhh..service memang terbaik wokkkk..so, sesape yang bercadang nak jalan2 kat Langkawi ni leh la call En Rashedi @ 012 446 9090..

Pe lagi, merempit la ktorang ke pekan Kuah menuju ke Sinaran Motel.."Tempat tdo basahan" ktorang..ahahaha..ade ke term camtu..belasah jela..Cik abang dah cakap awal2 lagi, yang die nak merase char kuey teow kat Restoran Kak Yah Kondo (betul2 depan Istan Kondo). Ternyata...memang sedap bangat..perghhhh..teringat char kuey teow kat Kerinchi dulu..

Dah kenyang, ktorang sempat jalan2 kat kedai Hj Ismail Group. Macam-macam ada..huhuhu..aku rembatla coklat sket untuk kudapan dalam hotel..ehehehehe..

Pastu, sempat jugak ktorang jalan2 kat dataran helang tu.huhuuhu..Subhanallah..memang cantik tempatnye. Ade plak cik abang cakap, kalo burung helang ni hidup macam mane? ade plak..huhuhu..memang pengsan la aku kalo bende tu hidup btul2..huhuhuhu..memandangkan cik abang ni photographer, so ktorang pun berposing la ala2 xtau malu sket..maklumla, sendri yang amik. Tripod plak lupe nak bawa..ehehehe..asal ade jela..

Dah penat posing sakan..ktorang pun balik untuk menunaikan fardhu tdo.wakakakaka

p/s: Al-Fatihah buat Allahyarhan Mohd Afdzal (my opismate) yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 22 Jun 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman. Amin

note: Gambo akan diupload kemudian, cik abang dh suh packing2 ni nak menuju ke Sheraton plak.huhuhu

Gambo Kawen ku Belum Upload Lagi

Sowiey ek sume..gambar kawen ku dah ade, itupun bukan sume..tapi belum ade mase nak edit n untuk diupload ke blog.

So, harap sabar menanti ek..

p/s: To kak yu, sabor ek..ehehehe

Friday, June 12, 2009

akHiRNyA....

Salam...

Nak tau tak..aku nak kongsi cite ni..Malam tadi kan, I cook for my hubby. ehehehe..gumbira jek rasenye..my hubby lagila..bersuka-ria..

Semuanya bermula ketika jemput hubby dari keje...

Me : abang, malam ni kite masak untuk bang, nak tak?
Hubby : boleh jugak tu. tapi, nak masak ape? kite cume ade oven dengan rice cooker je.

Me : kite leh masak ikan stim....ehehehehehehe
Hubby : yeke? cam menarik jek. perut abang pun dah berbunyi2 ni

So..pas tu ktorang terus jek menuju ke Pasar Borong Selangor untuk mencari bahan- bahan yang diperlukan.

Dan hasilnya......tada



Pagi tadi plak...tak puas hati lagi. Nak breakfast western style plak..ehehehehe. Tapi, stim sosej and baked bean + kacang pea..

Sedapnye..menikmati sarapan bersama hubby dengan pemandangan pagi yang sangat indah. kuikuikui...


Thursday, June 11, 2009

Nak Wat Pe Arini?

Hye sume..Arini agak bosan sket, "environment" cam lembap. Tak taula nape.

Semalam me and hubby dating..first dating lepas kawen. We watched a movie - malay movie which is Jangan Pandang Belakang Congkak directed by Ahmad Idham. Memang besh, happening jugak citer camni. Ade unsur-unsur kelakar/komedi and seram.

Part yang paling interesting, bile masing-masing nak bertukar. yang tak tahan tu bile Lan Pet Pet nyanyi lagu nasyid. Memang terbahak-bahak ktorang gelak. My hubby tak payah cakapla, suara die bile gelak boleh tahan jugak..ehehehehe..

Keseluruhannya, citer ni memang kelakar. Well, ade jugak part yang kantoi, especially part nyayian sebab tak syncronise lagu dgn lip. ehehehe..minor mistakes. It's OK. Sesuai ditonton oleh semua orang di waktu senggang dan bagi mereka yang nak release tension.

Tapi, diingatkan kepada ibu-bapa yang ade anak kecik. Toksah la bawak budak2 gi nengok wayang. "Tak baik untuk kesihatan" anak2 kecik ni. Bukan ape, tak mo la mengganggu konsetrasi orang lain yang menonton wayang.

Urmm...

Sebenarnye dah lari tajuk ni..Nak watpe ek arini? Nak masak pun,gas takdak. Dapur tu memang dah cantik dah, elok jek terletak kat kabinet tu. Yang ade cume rice cooker. Nak mendajalkan rice cooker tu tak sampai ati plak. Yerla, zaman2 dok kolej dulu. Goreng cekodok pun gune rice cooker.

Eh, lupe plak..kan ade oven. Tapi, belum ade idea lagi nak masak pe. Kene google ni.

Okies, wa chow dlu..nanti dah dapat resipi baru kongsi.

Daaaa....

Monday, June 8, 2009

Seminggu Sudah Berlalu


Alhamdulillah, pada 30 Mei 2009 jam 8.35 malam aku telah selamat menjadi isteri kepada En Mohamed Salahuddin Md Sharif dengan sekali lafaz.

Rasa macam tak percaya jek, yang aku ni dah menjadi isteri orang. eehehehehe..Percaya ke tak percaya ke, semuanya telah pun berjalan lancar.

Terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang berusaha keras untuk melaksanakan hari bahagia puteri bongsu kesayangan mereka ni (perasan jek aku ni). Tidak dilupakan juga kesemua adik-beradik: kak izan, angah, kak mas (terima kasih coz import chef Palace of Golden Horses), ateh, kak yan (langsir memang superb la), abg nas, kak ila, pipi, azah and capik. Juga kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik terdekat, sepupu-sepapat, jiran-jiran dan semua yang terlibat..Nak sebut satu2, sampai esok pun tak abis menaip...ehehehehe

Sebelum tu, lupa nak cakap. Sorry la ek, tak dapat nak berkongsi cerita sblm ni. Agak terbengkalai jugakla blog aku. Yerla, mane nak pikir, pasal kejela, pasal persiapan kawen la, itula, inila. Ni pun dah tak tau nak citer ape lagi dah ni. Agak mati kutu la dibuatnye. ehehehee


p/s:

Sedeynye tak dapat nak pegi majlis maa and kak farda coz kete CRV wat hal kat highway. Dah le jam teruk mase tu. huhuhuhuhu. Thanks to Azie and Azif coz sudi menumpangkan kami di rumah anda.

Tuesday, April 7, 2009

NO STRESS

"I don’t want work today..Maybe I just wanna stay..Just take it easy guest it’s NO STRESS"


Love this lyrics so much..It’s kinda related to me so much..d’uh, maybe not only me but same goes to other EMPLOYEEs.


Ehehehe..


It seems to be the stress week I’ve ever had. Why? Do I have to answer that? Huhuhu. The best answer(s) are WORK & PRESSURE. So, the equation goes like this:


WORK + PRESSURE = STRESS

ENVIRONTMENT


I’ll try my best to overcome this STRESS thingy. I know that everybody knows that stress is not good for your health. I’m getting married soon; hopefully this STRESS thingy would not disturb my mood. If not, “I’ll kill this STRESS”. I have to. There’s no other option. Ehehehe


Summary:


Work is about a task given by company and you need to accomplish it by the time given. It maybe a stress for you but it’s a super big stress for the owner if the work can not be done.


Example #1


Somehow, you as an employee could feel that there’s something wrong goes somewhere if; A come back from lunch a bit late and the boss get very angry and yelling like crazy. While B, came back from lunch after office hour which is 6pm and walk in front of A.


Rational of the story: bias, unprofessional


Note: B had a relationship with boss.

Monday, March 30, 2009

Anggun Showcase

Last week on 27th March 2009 (Friday), sempat jugak aku pegi nengok showcase Anggun @ Hotel Istana bersama my fiancee. ehehehe. Well, walaupun dh tak bersama Metadome lagi tapi aku masih lg dapat privillege. ehehehe..yerla, cik abang masih kat sane.

Anyway..tak tau nak gambarkan macam mane perasaan ketika itu. Tak sabar2 nak nengok Anggun live. And plus..tak sabar nak nengok my cik abang nyer videoklip untuk Anggun. Actually, the videoclip has been shown mase Press Conf. untuk album Elevation aritu kat tempat yang same on 26th March 2009.

The video sgt superb. ehehehehe. Mestila bagi kredit kat cik abang. Congrats untuk cik abang ek.

Untuk album Elevation kali, banyak menampilkan lagu-lagu yang besh dan "segar". Memang tak dinafikan Anggun mempunyai ton suara yang unik.Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Elevation adalah: Jadi milikmu (Crazy), Berganti Hati, dan banyak lagi. Yang penting, lagu No Stress jugak yang mencuit hatiku. Sesuai bagi mereka2 yang bekerja. Enjoy..ehehehe

Monday, March 23, 2009

My Best-Frenz's Wedding

21.03.2009

Dewan Salehudin Al Ayubi, Taman Melati


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Terdahulu Eyma & Fahmi selamat disatukan pada hari sebelumnya, Jumaat jam 5.30 petang. Sowiey ek babe coz tak dapat nak attend masa hari pernikahan tu.


Apepun, majlis perkahwinan my fren memang meriah. Bertemakan warna purple-pink menyemarakkan lagi suasana di dalam dewan yang serba indah untuk meraikan ketibaan pasangan mempelai Eyma & Fahmi.


Flashing back the time, aku memang tak sangka jodohnya secepat ini. Ni yang nak marah ni, sebab dia kawen dulu sebelum aku. Langkah bendul. Huhuhuhu. Anyway, I’m happy sesangat coz her sad episode dah berakhir and she’s heading to the new chapter of her life.


Setibanya aku di dalam dewan tu, tetamu masih lagi belum tiba. Mana taknya, kami tiba agak awal, walaupun kitorang rasa cam dah agak terlewat..eheheheh..Sampai-sampai jek di pintu utama dewan, aku bersalaman dengan mak pengantin perempuan. Sempat aku bertanya, kol bape pengantin sampai. Rupa-rupanya kol 2.00 petang. Owh, ketercepatan plak kitorang. Ehehehehe.


Ape lagi, aku, Nisya (my niece) and cik abang terus cari port besh. Duduk-duduk kejap sambil merenung jam di dinding dewan. Baru kol 12.45 tengahari. Perut pun dah berbunyi-bunyi, tandanya perlu diisi. Faham-faham je la. Aku & Nisya terus ke luar dewan untuk mengambil makanan yang disediakan secara buffet.


Nasi minyak, ayam masak merah, kari daging dan acar buah elok tersusun rapi di meja buffet. Lauk-lauk sume nampak sedap jek, maklumlah dah lapar.


Selesai makan jek, dah tak tau nak watper. Aku pun suruhla cik abang amik-amikkan gambar hantaran yang tersusun di atas stage. Yerla, sambil-sambil menunggu pengantin elok jugak amik gambar hantaran. Boleh jugak jadi rujukan untuk aku nanti. Ehehehehe..Sowiey ek Eyma, no royalty tau.


Jam menunjukkan kol 1.35 petang. Dari jauh kedengaran paluan kompang. Owh, pasangan pengantin dah tiba rupanya. Awal la plak. Tak sabar nak nengok wajah my besh fren ni dengan pasangannya. Cik abang terus bergegas untuk mengambil gambar pengantin.


Aku dapat lihat wajah pengantin dari jauh. Manisnya Eyma berbaju kebaya pendek warne purple..tapi, nampak tembam sketla. Ehehehehe. Happy la tu agaknya. Mana taknya, dah kawen la katakan.


Susahnya nak bergambar dengan pengantin. Ke sana ke mari. Sibuknya. Maklumlah, bersalaman dengan saudara mara terdekat. Sampaikan masa nak potong kek pun tak sempat. Huhuhuhuhu…Macam manalah mase aku kawen nanti. Tak dapat nak bayangkan.


Setelah beberapa ketika, barulah pengantin dapat memotong kek 3 tingkat. Mase tu jela, aku dapat menyelit nak amik gambar. Ehehehehe. Sempat jugak Eyma berbisik:


Eyma : Thanks for coming Fara. Ko amik “berkat” aku ye!

Fara : Welcome. Memang tula niat aku dating kenduri ko, nak amik “berkat”. Ehehe


Selesai bergambar jek, kitorang trus balik. Tapi, takdela terus balik umah pun. Ehehehe. Kitorang melencong sekejap menuju ke Putrajaya. Jalan-jalan nak nengok pameran Belon Panas kat Presinct 2.

Mak aih, banyaknye kete sampai kitorang tak tau nak parking mane. Ehehehe. Cuaca sangat panas, ape lagi..berpayungla kitorang. Sampai jek sana, takdela nampak belon besar pun. Ade la nampak para-glide and laying-layang. Tak lama pun kitorang kat situ, lagipun tak selesala plak dengan aku berbaju kebaya dalam keadaan panas terik. Huhuhuhu..


Apepun, hari itu adalah hari yang terindah. Dapat jalan-jalan dengan cik abang sambil tengok my besh fren weds dan juga tengok pameran Belon Panas (walaupun tak nampak belon panas. Ehehehe)





Tuesday, February 17, 2009

I'm Surprised

D'uh..walaupun my besday dah lepas (15 feb) tapi..bahangnya masih terasa tau. wahhh..

I'm getting older tau..tapi takpe..it's juz numbers..phisically, masih muda. ehehehehe

Kepada yang masih mengingati besday ku..trimas atas ucapan ikhlas kalian..

Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian (15 Feb) tunang aku on-duty untuk majlis wedding kt Subang. I take it professional la..cik abang kene keje, so It's OK kalo nak postpone sambutan besday. ehehehehe (tapi sebenarnya, agak sebak jugakla)

Apepun, cik abang orang pertama yang wish besday aku via phone call..cayala...ehehehhe..tapi, malangnya, aku menjawab dgn endah tak endah. mane taknye..kol 1030 malam aku dah terlelap. ahahahahaha...sungguh tak romantik kan..

Pagi2 lagi aku dah hadiah from adik aku Pipi and his gf -Azah. Baju kurung..wahhhhhhhhh..nice2..terharunye...

Hari tu, aku ingat nak lepak2 kat umah sebab pale ni asyik pening jek (kurang air agaknye kot). Tapi, mak dh berjaya pujuk aku untuk ikut die pegi majlis perkahwinan sepupu aku kat Felda Pasoh 3, Negeri Sembilan.

Mak aihhhh..perjalanannye sangat mencabar...ahahahah..Tapi, aku ade lalu satu kawasan which is Simpang Pertang. Cik abang aku pernah mention yang kampung die ade kat sane. Wahhhhh...bakal kampung aku rupenya..

Balik tu aku singgah kedai perabot kat Semenyih Sentral nak bayar duit deposit untuk set katil yang aku pesan aritu.

Sampai umah jek, trus collapse.huhuhuhuhuhu...

Lepas Isyak jek, aku landing2 la kat depan tv dengan pose2 yang agak maut. Mak pun dh colapse gak mase tu. Adik aku si Pipi dengan main2 ikatan pengakap sebab anak sedara aku yang suh tunjukkan. Tetibe, dalam kesyahduan aku mendengar lagu Yuna - Deeper Conversation, aku nmpak kelibat yang aku sendri tak sangka sambil memberi salam.

Rupe2nye...cik abang nak wat surprise. adussssssssssss.....

Bukan setakat tu jek, bakal2 adik ipar pun ikut skali. terharunye.......


Ade kek, hadiah pun ade jugak (perfume from cik abang, purse Guess from bakal mak mertua and adik2). Thanks so much sheera, sakinah and syaziah....not to forget..bakal mak mertua aku and also cik abang ku..mmuahhhhhhhhhhhh...

Saturday, February 14, 2009

Cupcake to My Love

Yesss..Cupcake to my love..

Juz wanna surprise him though we don't celebrate Valentine's day. ehehehe..

No big deal...my birthday is a day after Valentine's.

Thinking that he cannot celebrate my birthday becoz he got sumthing to do (yeah..i know..and it's for me:) ), so I decided to "fly" him with cupcake hug & kiss..ehehehe. Thanks to diya yusof for making the lovely and cute cupcakes for my fiancee.


Cute Cupcakes..

Tuesday, February 10, 2009

Suka-Suki di Taman Botani

Sesi fotografi di Taman Botani, Putrajaya (again!!!!..) diadakan pada hari Sabtu (7 Februari 2009). Dihadiri oleh my fiance's fren. Tujuan adalah untuk suka-suki. ehehehehe. Dan aku adalah "subject" untuk my fiance..ehehehehe.Memperagakan baju dari koleksi Ally Ratna Boutique.(bukan sponsor, tapi beli tau..pkai duit cik abang.eheheheh)

So, let's take a look hasil cik abang aku (and a few shots from me..ehehehe):

Cam supermodel plak aku ni. hemo-hemo


Belon sape ntah aku rembat..Mat Belon punye kot!! ehehehe


Yang gambo cik abang tu, aku amik..saje test power:p

Tuesday, February 3, 2009

Edisi Jumbo

Lamenye tak update. Sorry ya guys...

Memang xde perkataan lain selain daripada bz..ehehehehe

Anyway, juz nak update bende-bende yang telah terjadi sepanjang minggu lepas sehinggalah minggu ini. phewwwwwwwwwww......


Agenda 1


Aldrix Annual Dinner - Holiday
Legend Resort, Cherating
24.01.09 - 25.01.09


Bersuka ria di tepian pantai nampaknya cik fara kita ni. ehehehehehe. Macam baru keluar dari sangkar. Ape pun, it's fun to be there and spend time with other staff. Although, a few cant come (yeah..it's Chinese New Year holiday...).


Pic 1

Pic 2

Pic3

Pic 4

Pic 5

Agenda 2

INSPEN Konvokesyen Ke 13
Dewan Jubli Perak, Shah Alam
31.01.09

Bangganya aku, bile nengok adik aku naik pentas ambil sijil. And plus, die tercalon sebagai pelajar terbaik untuk course die. Dapatla piala pusingan and cek RM300. Alhamdulillah...

Pic 6

Pic 7

p/s: Lepas balik konvo adik aku, terus menuju ke rumah bakal mertua. ehehehe. Ade discussion sket.


Agenda 3

Weds : Alin & Khalid
Sungai Kembong Hilir
01.02.09

Alin ni schoolmate aku mase skolah rendah dlu. Lame giler tak jumpe die. Tup-tup, dapat kad jemputan. Itupun Erin (kawan, merangkap sedara) yang pass kan. ehehehehe.

Mase tu, kire cam reunion gakla. Dapat jumpe Azriq, Asmah, Faiqah, Eton, Shahrizal, Amy..sape lagi ek. Yang lelain tu banyak dak skolah Engku Hussein. Aku tak kenal sangat coz aku skolah kat sane pun bape minggu jek. ehehehehe

Ape pun, tahniah ek Alin. You look so great on ur weds. Gempak siot. Cam anak patung gitu. ehehehe

Pic 8

Agenda 4

Makan-makan @ Umah
Kediaman Wak Barjah (wakakaka)
01.02.09

Ni sempena selepas adik aku konvo. Memula, die nak blanje makan kat Bagan Lalang. Pastu mak kata, mak masak lagi sedap. ahahahahahahaha. Angkat bakul plak mak aku ni. Anyway, masakan mak aku memang da besh pun. ehehehehe

So, menu aritu adalah Lala masak ala masam manis, Ketam goreng Jepun, Udang goreng berempah, kailan ikan masin, laksa. Chef-chef jemputan adalah mak aku sendiri and Kak Yang (kakak ipar). Aku keluar merayap g kenduri kawen kawan aku. ahahahaha.

Phewwwwwwwww..kenyang giler. Sib baik aku makan sket jek kat umah Alin. ehehehehehe

And plus, makan-makan ni pun diadakan sempena menyambut ulangtahun kelahiran Ateh (abang aku), Adam (anak Ateh) and Azah (awek adik aku). ehehehehehe. Memang kenyang sakan.

Betul la kata mak, masak-masak kat umah lagi jimat..sdap plak tuh:)

Pic 9

p/s: Al-Fatihah buat pakcik saudara aku (kat Hulu Langat) yang meninggal pada 29 Januari 2008.



Thursday, January 15, 2009

Re-Charge

Urmm...Dehydrated???macam tak percaya jek aku kene dehydrated.ehehehehehe
Disebabkan dehydrated ni jugakla aku dpt MC sehari. Doc bagi Ponston untuk menghilangkan rasa pening yg amat sangat and multivatimin..and of coz, lotsa rest.ehehehehe

Am I too stress? Mungkin jugak kan. Who knows..Im getting married soon (have to think bout da preparation), workload (of coz) and etc...etc..etc...

Apepun, Im OK now. ehehehehe...Yela, mana taknye..dapat jumpe cik abang semalam.

Kalo sblm ni, asal sakit and demam jek mesti cik abang bawak ke klinik. Pastu kalo teruk sangat, terus hantar kat umah mak. So sweet kn my future hubby ni...(se "sweet" muke nye..ehehehehe)

Well, Im glad to spend few hours with him..He fetched me at the office..Then, lepak-lepak at Nasi Lemak Stall kat Tepi Tasik, UPM. Solat Maghrib at Masjid UPM. Then, menuju ke Alamanda nengok wayang Bed Time Stories. Besh..besh..besh...Pastu, sblm nak menuju ke GSC ternampak pulak pasangan sejoli Cilut & Adib (pun same nak nengok wayang). ehehehehe...

Beshnye kan dapat spend time..ehehehe

And plus, my favourite song dah berkumandang kat corong-corong radio. Mane taknye, lagu tak release lagi aku dh dengar. Bukan setakat dengar jek, aku ade mase recording tu. ehehehehe..Ikut cik abang wat video BTS-The Making: Selamat Ulang Tahun Sayang.

And, here's the result:


Align Center

Monday, January 12, 2009

Welcome 2009

I hope it's not too late to wish all of you Happy New Year - 2009 and good bye to 2008.

Macam tak percaya je dah masuk tahun baru, rasa macam sekejap je masa berlalu. Anyway, hidup mest diteruskan. Azam lama pun dah xboleh pkai lagi (rasenyela, tapi adela lg yang boleh di recycle..ehehehe)

So, start fresh with new AZAM, with new resolution. Urmmm..walaupun dah nak hampir setengah bulan Januari 2009, rasenye masih tak terlewat pun nak create new AZAM. ehehehehehe

Azam 2009:
  1. Nak kawen..(yeah..getting married soon on May 30, 2009)
  2. Nak jadi anak dan isteri solehah
  3. Nak kumpul duit, nak hantar mak n bapak g Haji
  4. Nak menjadi pekerja yang lebih berhemah dan dedikasi (Alhamdulillah, naik lagi gaji tahun ni..yeay yeay)
So, hopefully kesemua azam ni tercapai. Aminnnnnnnnnnnn..